Skip to main content

Siri Mendidik Zakir Naik 3 : Zakir Dalam Kegelapan.

Siri Mendidik Zakir Naik  3 :
Zakir Dalam Kegelapan.






Soalan.
Adakah Zakir juga telah memanipulasi ayat
Bhagavad Gita 7.20 dan Shvetasvathara
Upanishad 4.20 untuk mengelirukan umat
Hindu?


Jawapan.
Ya. Zakir telah memanipulasi dan mengubah
tafsiran sebenar dalam percubaan untuk menipu.
Zakir cuba membuktikan bahawa orang Hindu
telah salah tafsir dan sesat daripada ajaran
sebenarnya. Zakir selalu menggunakan ayat
BG 7.20 dan Shve.U 4.20 bersama Yajurveda 40.9
(Rujuk siri-menjawab-zakir-naik-1.html) untuk
mengelirukan orang Hindu. Pada hakikatnya,
Zakir terperangkap dalam kotak mindanya sendiri
dalam mentafsir kitab orang lain seperti mana
Salman Rushdie yang mentafsir kitab orang ikut
kepala sendiri. Zakir memanipulasi ayat-ayat ini
untuk membawa agendanya untuk memesongkan
akidah orang Hindu.


<script async src="https://pagead2.googlesyndication.
com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
          google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",
          enable_page_level_ads: true
     });
</script>


1.Zakir Salahtafsir Bhagavad Gita 7.20
Zakir menggunakan tafsiran sendiri yang difikirkan
selaras dengan pemahamannya.
 “ mereka yang kehilangan (dicuri) kesemua
kebijaksanaan disebabkan keinginan kebendaan
menyembah kepada berhala”
Ia bermaksud, mereka yang mahu kebendaan,
mereka menyembah berhala. Contohnya yang
disembah seperti berhala selain Tuhan Sebenar.
Zakir cuba menyarankan bahawa orang Hindu hilang
kebijaksaan (bodoh) lalu menyembah berhala.
Ia merupakan salah maksud oleh Zakir dengan
niat buruk. Zakir cuba tafsirkan bahawa orang
Hindu  sembah benda lain yang bukan Tuhan
Sebenar. Maka Zakir sarankan bahawa ayat ini
melarang penyembahan Tuhan dalam bentuk
berhala.


Ayat Sebenar BG 7.20
Kebijaksanaan mereka yang  telah lenyap di
pengaruhi oleh nafsu/kehendak, terikat pada
keadaan semulajadi mereka sendiri, perbuatan
sembah Deva-deva lain dan mengamalkan ritual
untuk memenuhi kehendak itu.


BG. 7.20 - Tafsiran Sebenar :
Tujuan sebenar seorang Bhakta ialah mencapai
Tuhan ( moksha), jangan lupa mengenai keadaan
sebenar Saya sebagai Brahman (Nirguna). Adalah
tidak bijak jika hanya mengejar kehendak duniawi.
Kehendak duniawi menyebabkan orang lebih fokus
terhadap imej Saya (Sarguna) / ritual sahaja kerana
hanya hendak mengejar / mendapat faedah
kebendaan  melalui ritual. Mereka akan terperangkap
dalam pusingan kelahiran semula (Samsara) lebih
lama. Kebijaksanaan sebenar ialah menyedari Saya
dalam bentuk Brahman. Menyedari saya dalam
bentuk Brahman (Nirguna) akan membantu
mencapai Moksha.      


Maksud sebenar BG 7.20 tiada kaitan dengan larangan
penyembahan Tuhan dalam bentuk berhala (Murthy).
Tiada mana-mana ayat atau kitab ditulis mengenai
larangan penyembahan Murthy. Zakir perlu membaca
Bhagavad Gita Bab  7 sepenuhnya untuk faham
dengan jelas.


2. Zakir Hanya Dedah Sebahagian Ayat
Shvetashvatara Upanishad 4.20 dan Sorok
bahagian lain.


Zakir hanya dedahkan sebahagian ayat dan tidak
dedahkan ayat sepenuhnya. Mungkin dengan niat
mengelirukan orang Hindu. 
Sebahagian Ayat Shvetashvatara Upanishad 4.20
yang digunakan oleh Zakir.
 “bentuk NYA tidak untuk lihat, tiada yang nampak
Tuhan dengan MATA FIZIKAL...


Berdasarkan sebahagian awal ayat itu, Zakir
mendakwa manusia tidak boleh melihat Tuhan.
Dia petik sebahagian ayat sahaja supaya ia dapat
menyokong propagandanya dalam mengelirukan
orang Hindu. Zakir cuba mengaitkan kepercayaannya
bahawa Tuhan tiada imej, maka tidak boleh dilihat.
Tetapi bahagian selanjut / keduanya pula menyatakan
manusia boleh melihat Tuhan. Dalam kepercayaan
Hindu Brahman dalam keadaan Nirguna memang
tiada imej, maka tidak boleh dilihat dengan mata
kasar. 
Bahagian seterusnya SV 4.20-
Seseorang boleh lihat Tuhan (Brahman) melalui
MATA HATI”. 
(hṛdā hṛdisthaṃ manasā ya enam evaṃ vidur
amṛtās te bhavanti)


Bahagian kedua ini menjelaskan Tuhan boleh
dilihat melalui mata hati. Iaitu melalui mata hati
seseorang  boleh lihat Tuhan dengan melakukan
meditasi, nidra yoga, menurun (trance / arul) dan
melalui mimpi. Ayat Shvetashvatara Upanishad 
4.17 mengesahkannya. “Dia akan manifes dalam
meditasi melalui hati, minda dan intelek”. Maka
amat jelas Shvetashvatara Upanishad menyatakan
Tuhan boleh dilihat oleh orang yang beriman. 


Tuhan Boleh Dilihat dengan Mata Fizikal.


Brahman juga wujud dalam keadaan Sarguna,
iaitu mengambil rupa seperti manifestasi avatara.
Manifestasi Tuhan  boleh dilihat dengan mata kasar.
Tuhan akan mengambil avatara dari masa ke semasa.
Manifestasi Tuhan yang berupa Avatara boleh dilihat
dengan mata kasar, contoh Sri Krishna.  Srimad
Bhagavatam 10.33.36 menyatakan bahawa Tuhan
akan mengambil rupa bentuk manusia untuk
menunjukkan rasa kasih kepada bhakta (penganut).
Juga dinyatakan dalam Bhagavad Gita 4.7-8 ,
Bhagavata Purana 9.24.56 dll.


Untuk pengetahuan umum, Kitab Kristian, dalam
Bible ada menyatakan, ‘Adam dicipta berdasarkan
imej Tuhan’(Gen 1:26-27), manakala dalam Kitab
Islam, Quran ada menyatakan bahawa ‘hadiah /
ganjaran yang paling tinggi (highest reward) seorang
mukmin  ialah dapat lihat wajah Tuhan’ (Zakir: youtu.be).
Saya tidak tahu bagaimana ia ditafsirkan oleh
penganut agama masing-masing, tetapi orang
Hindu percaya Tuhan wujud dalam kedua-dua
keadaan ( tanpa imej dan berimej).


Zakir tidak faham konsep Sarguna (berimej /
Reinkarnasi) dan Nirguna (Brahman tanpa imej).
Orang Hindu percaya Tuhan wujud dalam 
keadaan Nirguna (asambhuti / tiada imej) dan
Sarguna (sambhuti / berimej). Tetapi minda
Zakir hanya menerima Tuhan dalam keadaan
Nirguna sahaja. Menurut Yajurveda 40.9-11,
Orang yang hanya percaya Tuhan wujud dalam
SATU keadaan Nirguna sahaja berada dalam
kegelapan. Bhakta sebenar akan percaya Tuhan
wujud dalam KEDUA-DUA keadaan kerana Tuhan
yang Maha berkuasa mempunyai segala
keupayaan.


Cabaran  kepada Zakir dan Anak-anak
Muridnya  untuk Membuktikan.
1.Ayat mana (secara spesifik) dalam Kitab Hindu
/ Veda yang melarang penyembahan Tuhan
dalam bentuk Murthy (berhala)?
2.Mantera atau ayat mana yang menyatakan
orang Hindu sembah berhala, patung, batu
atau dll? Contoh, Adakah mana-mana orang 
Hindu sembah dengan mengucap ‘mantera’
seperti Oh patung…., Oh batu…, Oh pokok…,
dll.


Persoalan.
Adakah kitab anda ada menyatakan bahawa
Tuhan tidak boleh, tidak akan, tidak mampu
atau tiada keperluan untuk  mengambil rupa
atau bentuk? Sekiranya ya, sila nyatakan
melalui kitab anda?


Mengkaji ayat-ayat di atas sudah memadai
untuk membuktikan cara Zakir memanipulasikan
kitab Hindu. Kita boleh nampak dengan  jelas
akan kejahilan, pembohongan dan fitnah Zakir.
Tiada satu patah perkataan pun yang melarang
penyembahan Tuhan dalam bentuk berhala.
Jikalau tahap pemikiran anda tidak mampu
untuk memahami metafizik dan hanya
mempunyai persepsi yang salah mengenai
keimanan orang Hindu, maka orang Hindu
tidak bertanggungjawab terhadap
kedangkalan ilmu anda.


Om Namasivaya.


Sivasiddhi.
Sivasiddhi Spiritual Foundation.
4 Oktober 2019


Rujukan
1.The Real Interpretations That Hindus
Follow. Svetasvatara Upanishad (Sv.4.20)
August 22, 2017


2.The Real Interpretations That Hindus
Follow. Bhagavad Gita verse 7.20
January 18, 2019


3.The Real Interpretations That Hindus
Follow. Yajur Veda (Y.40.9)
August 22, 2017


4.Kepada Orang Yang Mempertuhankan Zakir


5. An Open Letter to Dr.Zakir Naik: Hindus
are Demanding a Public Apology from
Zakir Naik


6.Rujukan Zakir mengenai Bhagavad Gita
7.20 dan Shvetashvatara 4.20


7.Srimad Bhagavad Geeta, Shree Geeta
Ashram, Delhi Cantt (India) 1978

8.Siri Mendidik Zakir Naik 1
https://sivasiddhi1082.blogspot.com/2019
/09/siri-menjawab-zakir-naik-1.html

9.Siri Mendidik Zakir Naik 1
https://sivasiddhi1082.blogspot.com/2019/
09/siri-mendidik-zakir-naik-2-saranan-ved.
html

Comments

Popular posts from this blog

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan.  Dalam Konteks Hindu. Simbol /Linga (Sanskrit    लिङ्ग ) Linga ialah SIMBOL sempurna mewakili Tuhan Mahaesa (Veda-Parabrahman, Mazhab Siva- Mahesan) yang tiada rupa hanya satu. Perkataan Linga ialah ganbungan daripada perkataan LING + GA, Ling bermaksud dissolusi/ mahapralaya /kiamat, manakala Ga bermaksud penciptaan (creation), maka maksud sebenar ialah Tuhan maha berkuasa yang melakukan tugas penciptaan dan disolusi, Setiap benda datang daripadaNya dan akan kembali kepadaNya. Mahadeva Siva merupakan tonggak utama untuk mencapai Moksha (Mazhab Siva). Linga juga mewakili Trimurti utama (Rudra/ Siva, Vishnu dan Brahma). Kitab Rujukan Autoriti untuk Mazhab Siva. Rujukan utama  seharusnya daripada 4 Veda dan 28 Saiva Agama yang diturunkan sendiri oleh Mahadeva Siva, Maka sebarang klaim seharusnya daripada Veda atau Agama. Disamping ada 18 Mahapurana termasuk Siva Purana, Linga Purana dll. Namun Purana bukan autoriti rujukan dan ia lebih kepada sejarah la

Arulattam/Trance and Saiva Siddhantam

 Arulattam/ Trance and Saiva Siddhantam Meaning of Trance Trance is actually when a bhakta reaches the height of Bhakti (paravasam), after went through vratham, pujas, meditations, etc., the mind is fully engrossed with the deity one prays,  the atma will be connected with the Paramporul within one’s body. The maya veil is removed for a moment, thus the sparks of the ‘projected’/believed deity/paramporul will manifest in the physical body of the person. (The deity projected is based to past karmic account actually). That is the reason one in trance will cry, yell, dance, etc because the joy of the temporary union with the deity. The ‘projected’/believed appearance is based on what deity one prays. If one projected Kaliaman, the Kaliamman will manifest, if Muneeswarar then Muneeswarar will be manifested. Most bhaktas don’t go for Murugan, Sivan or Ganapathy because it is considered difficult or seen as a higher deity. But if one really projected, these deities also will manifest (karmic

Varna, Caste and Jati : The Truth That Misappropriated.

Hinduism: The Truth As It Is #1 Varna, Caste, and Jati: The Truth That Misappropriated. (English Version) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1892142511094950&id=1637620529880484 Hindu religion often labeled as a religion that practices caste. In fact, HINDUS DON'T PRACTICE OR ENDORSE CASTE. Instead, a man of all religions and not religious practice caste in daily life. The words Caste, Jati, and Varna have been manipulated by groups of religious predators to increase their religious followers. The caste terminological has been misappropriated to manipulate, (for over 2000 years) to attract and converted by the religious predator. The Hindu children need to be saved from this religious predator. <script async src="https://pagead2.googlesyndication. com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script>  (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({  google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",  enable_page_level_ads: true })