Skip to main content

Siri Mendidik Zakir Naik. 2 Saranan Ved Prakash?

Siri Mendidik Zakir Naik.  2 : Saranan Ved Prakash?


<script async src="https://pagead2.googlesyndication.
com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
          google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",
          enable_page_level_ads: true
     });
</script>


Soalan.
Adakah Dr. Ved Prakash sarankan supaya
semua orang Hindu memeluk Islam?


Jawapan.
Tidak. Dr. Ved Prakash tidak pernah sarankan
demikian kerana kemungkinan besar orang ini
tidak wujud. Hanya golongan propaganda
seperti Zakir dan pengikutnya cuba mengelirukan
orang ramai, terutamanya orang Hindu kerana
agenda tersendiri. Tiada satu perkataan pun
mengenai Nabi dalam mana-mana Kitab Hindu
kecuali nama yang hampir sama bunyi fonetik
sahaja. Namun ia merujuk kepada elemen negatif
yang lain. Semua perkataan yang digunakan
dalam buku itu oleh ‘Ved Prakash’ hanyalah
dirujuk secara literal atau transliteral tetapi maksud
asalnya merujuk kepada perkara lain. Tujuan asal
beliau mungkin  untuk mencari persamaan dengan
tujuan membawa keharmonian agama atau rekaan
semata-mata.Tiada berita mengenai Ved Prakash,
tidak pernah tukar agama tetapi sekiranya beliau
tukar agama, maka akan kehilangan hak untuk
bercakap hal agama Hindu. 


Manipulasi.
Baru-baru ini, foto ini diedarkan dalam WhatsApp. / Fb




Foto yang ditularkan ini telah digunakan dalam sebuah
program seminar. Ia seolah-olah menyarankan supaya orang
Hindu tukar agama kepada Islam oleh pihak yang tidak
bertanggunjawab. Tetapi hakikat sebenarnya, pernyataan
ini  telah dimanipulasi oleh segolongan yang berkepentingan.


Siapakah Dr Ved Prakash Upaddhay?
Identiti Dr Ved Prakash Upaddhay  sangat samar. Tiada
data yang boleh disahkan kebenarannya. Seolah-olah
direka karektor ini untuk tujuan propaganda dikaitkan
dengan beberapa orang lain yang mempunyai nama
Ved Prakash. Dr Ved Prakash Upaddhay tidak pernah
membuat video secara langsung untuk membuktikan
teori baharu beliau ini atau kewujudan beliau. Hanya
beliau atau keluarga terdekat beliau sahaja boleh
membuktikan kesahihan kewujudan beliau itu.


Dr Ved Prakash Upaddhay atau Waid Barkash (penulis
Muslim guna  nama ini) ialah orang yang dikatakan
menulis buku mengenai idea bahawa avatar Kalki
ialah Nabi. Seorang Profesor di Universiti Allahabad,
pakar dalam bahasa Sanskrit. Nama bapanya ialah  Ram
Sajiwan Sumitradevi dan ibunya ialah Pratima Devi Tripathi.
Jika di lihat pada namanya, seolah-olah tiada kaitan
langsung kerana nama keluarga sangat berbeza.
Manakala nama bapanya seolah-olah nama wanita
ditulis di belakang. Kedua-dua nama ibu bapanya
tiada rujukan yang nyata. Beliau juga dikatakan
tersenarai dalam Marquis Who’s Who sebagai
noteworthy educator’, apabila dirujuk dalam
senarai itu didapati nama sebenar ialah
Ved Prakash NANDA dari Denver, Amerika
Syarikat seorang peguam bukannya Ved
Prakash Upaddhay. Manakala Dr Ved Prakash
dikatakan telah menerima anugerah Nilakantha
Daibagna daripada Center Astrological Study &
Research, 1998. Tetapi rujukan menunjukkan
anugerah ini diterima oleh seorang lain, ahli
Astrologi dengan nama Ved Prakash, boleh
rujuk di YouTube. Terdapat banyak percanggahan
dalam profil individu yang dikatakan Dr. Ved
Prakash yang diutarakan oleh golongan
propaganda.


Ideologi Ved Prakash.
Ved Prakash  terikut dengan kepercayaan
beberapa Muslim Ahmadiyah di India yang
percaya avatar Kalki dan Imam Mahadi.
Pengasas mazhab Ahmadiyah, Mirza Ahmad
Ghulam dianggap sebagai avatara Kalki.
Penulis-penulis  awal daripada Ahmadiyah
cuba mengaitkan Kalki Avatar dengan Nabi
dalam usaha mengelirukan orang Hindu
dengan tujuan untuk menyimpangkan akidah
Hindu mereka. Ved Prakash pula cuba rujuk
mereka dengan tujuan membawa hubungan
harmoni antara agama.


Adakah Ved Prakash benar-benar berkata
'semua orang Hindu perlu menukar kepada
agama Islam'? 
Tidak sama sekali. Sekiranya Ved Prakash
secara terbuka mengisytiharkan bahawa
semua Hindu mesti menukar ..., maka kenapa
dia dan keluarganya tidak pernah menukar
kepada Islam terlebih dahulu? Mengapa dia 
bertentangan dengan seruannya sendiri?
Bolehkah sesiapa memberi rujukan muka surat
untuk saranan ini daripada buku asal dalam
bahasa Hindi yang ditulis oleh beliau?


Ved Prakash tidak Tukar Agama. T
idak Mewakili Hinduisme.
Beliau tidak pernah bertukar agama  kerana
tidak pernah berkata demikian. (Kalau beliau
bertukar agama, maka beliau akan kehilangan 
hak untuk bercakap pasal agama Hindu.)
Beliau ialah seorang pengikut Arya Samaj
yang hanya menerima Tuhan dalam bentuk
nirguna, yang selaras dengan pemikiran Islam.
Arya Samaj tidak mewakili agama Hindu.
Pengikut Arya Samaj hanyalah satu cabang
kecil daripada Jnana Yoga, salah satu aliran
daripada 4 aliran (Raja Yoga, Jnana Yoga,
Bhakti Yoga dan Karma Yoga) agama Hindu.
Pendapat Dr Ved Prakash tidak mewakili
seluruh agama Hindu. 


Buku yang bertajuk 'Kalki Autar Aur Mohamad
Sahib' ditulis pada tahun 1969, yang asalnya
ditulis dalam bahasa Hindi, kemudian
diterjemahkan ke dalam bahasa Bengali oleh
Ashit Kumar Bandhopaddhay dan kemudian
ke  bahasa Inggeris oleh Muhammad Alamgir.
Buku asal tidak dapat dikesan atau tidak wujud.
Buku ini ditulis berdasarkan artikel Acharya
Maulana Usmani dan Vidyarti Abdul Haq
pengikut Ahmadiyah yang cuba memaparkan
Mirza Ghulam Ahmad sebagai Avatar Kalki
kemudian dikaitkan dengan Nabi.


Buku itu mungkin ditulis dengan niat untuk
membawa keharmonian antara umat Islam
Ahmadiyah dan Hindu untuk hidup dengan
aman kerana segolongan Islam Ahmadiyah
percaya akan Kalki Avatar atau mempunyai
agenda tersembunyinya yang tersendiri.
Penulis-penulis Islam kemudian membuat
andaian sendiri terhadap buku berkenaan
dan menyarankan kepada orang Hindu
dengan saranan seperti dalam gambar.
Golongan  Ahmadiyah seperti Dr. Vidyayarti
Abdul Haq menulis tentang Nabi dikatakan
tertulis dalam kitab-kitab Hindu pada tahun
1937. Selain itu, Acharya Maulana Syed
Naved Usmani menulis pada tahun 1940.
Jadi, Ved Prakash cuba menunjukkan
persamaan antara avatar Kalki dan Nabi
yang berdasarkan kepada penulis sebelumnya
dalam percubaan untuk membawa
keharmonian dikalangan penduduk India. 


Rujukan Silang.
Selepas beberapa rujukan silang / balas mengenai
tuntutan itu dengan merujuk pada sumber yang
ada, tidak ada bukti nyata untuk mengesahkannya.
Terdapat lebih banyak percanggahan dan semua
tuntutan adalah spekulasi dan hujah berat sebelah.


Golongan propagandis Islam menggunakan
‘saranan’ Ved Prakash  itu dengan tanggapan
di atas untuk mengelirukan dan cuba menukar
agama orang  Hindu. Ramai penulis Islam
menggunakan buku ini sebagai alat propaganda
dan menghasilkan artikel dan buku untuk menyokong
tuntutan itu selanjutnya. Buku asal diterjemahkan
dan diterbitkan oleh 
Moulana Ghulam Nabi Shah Naqshbandi, dan editor
Syed Mohd Abdul Qadeer Azm ke dalam bahasa
Inggeris. Dan beberapa manipulator agama seperti
Q.S. Khan,  Zakir memanipulasi buku itu dengan
sepenuhnya untuk mengelirukan orang Hindu.
Kebanyakan petikan ayat Kitab Hindu yang digunakan
oleh Zakir dalam ucapannya ditiru  daripada buku ini.


Andaian  dalam buku ini, Nabi Muhammad telah
dibuktikan dalam empat cara berdasarkan  Veda
dan Purana. Antaranya, perkataan Narashangsa
(yang dipuji) tetapi dirujuk dalam kitab Hindu, ia
merujuk kepada Dewa Indra. Perkataan Antim
rishi ditafsirkan sebagai Warak  terakhir, Kalki
Avatar ditafsir sebagai Orang Warak Zaman Akhir
dan nama Nabi Muhamad disebut dengan nama
dalam Vedas. Berdasarkan daripada keempat-
empat faktor itu, nama Nabi Muhamad diandaikan
telah ditegaskan dalam kitab Hindu. Tetapi apabila
diperiksa dalam Kalki Purana, kitab utama mengenai
Kalki, terdapat banyak percanggahan termasuk yang
paling bodoh ialah, jika kita menerima Kalki ialah
nabi terakhir Islam, maka semua avatar lain
seharusnya menjadi nabi-nabi  Islam yang lebih awal.
Jika ya, bagaimana pula dengan Varaha Avatar?
Adakah orang Islam akan menerima Varaha Avatar
juga bekas nabi muslim? Untuk pengetahuan anda,
Avatar Varaha adalah khinzir / babi.


Berdasarkan Kalki Purana, Kalki ada 2 orang  isteri
sahaja manakala Nabi ada banyak isteri. Ibubapa
Kalki pula hidup sampai ke  usia tua manakala Nabi
ialah yatim piatu. Kalki avatar ada 3 orang abang
manakala Nabi tiada abang. Kalki ada 4 orang anak
lelaki manakala Nabi tiada anak lelaki yang hidup. 
Kalki ialah Avatara (yang turun dari Vaikunda) iaitu
Tuhan akan datang ke bumi untuk membantu
penganutnya apabila ada keperluan seperti adharma
telah maharajalela, manakala Nabi ialah utusan Tuhan
yang dipilih dikalangan manusia. Selain itu Kalki terima 
Kuda (Devadatta) yang digunakan sepanjang hidupnya,
mendapat pedang dan seekor burung Nuri (Suka)
daripada Mahadeva (Shiva), menggunakan sampai hari
terakhir manakala Nabi tiada pemberian sebegitu kecuali
buraq semasa Israq Mikraj. Kalki belajar Vedas dan
cara perang daripada Parasurama (satu lagi Avatar
Vishnu) manakala Nabi menerima utusan melalui
malaikat. Kalki juga ada kuasa sakti seperti  Ashta
Siddhi manakala Nabi tiada.


Kesimpulan.
Ada banyak perbezaan yang boleh disenaraikan
jika dikaji secara mendalam. Persoalan lain, kenapa
tidak ada satu patah perkataan yang disebutkan
dalam kitab suci Islam tentang Avatar Kalki kerana
ia adalah kitab terakhir dan Nabi terakhir ?.


Tiada satu perkataan mengenai Nabi Muhammad
dalam mana-mana kitab Hindu. Kesemua ‘hujah’
ialah andaian semata-mata. Saranan seperti dalam
gambar itu salah, bohong, fitnah dan nista terhadap
agama Hindu dan kitab Hindu.  Harap pihak yang
bertanggungjawab menghentikan perkara terkutuk
begini. Sekiranya penulis buku itu wujud, maka beliau
harus tampil ke hadapan bersama buku asal yang
memaparkan saranan itu untuk membuktikan
kebenaran kata-katanya. Sehingga itu, ia hanyalah
propaganda oleh agen penukaran agama.


Om Namasivaya.


Sivasiddhi.
Sivasiddhi Spiritual Foundation.
29 September 2019


---------------


Rujukan


2.Danial Zainal Abidin,Islam the Misunderstood Religion, PTS

Millennia Sdn Bhd ,2012 pg 93/ 94



3.4 Soalan Yang Membongkar Pembohongan Dan
Kebodohan Zakir 


4. Bhumipati Das, Kalki Purana (Translated).
Jai Nitai Press 2006, India


5.Muslim blogger.


6.Upaddhay, Ved Prakash, Muhammad in Hindu
Scriptures (Translated), (2006) Delhi: Islamic Book Service, India




8.Dr Ved Prakash Phd Astrology


9. Dr Ved Prakash Upaddhay


10. Ved Prakash Nanda.


11.Dilema Muslim


12.Zakir’s modus operandi on religion conversion


13.Kepada Orang Yang Mempertuhankan Zakir


14.An Open Letter to Dr.Zakir Naik: Hindus are
Demanding a Public Apology from Zakir Naik


Comments

Popular posts from this blog

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan.  Dalam Konteks Hindu. Simbol /Linga (Sanskrit    लिङ्ग ) Linga ialah SIMBOL sempurna mewakili Tuhan Mahaesa (Veda-Parabrahman, Mazhab Siva- Mahesan) yang tiada rupa hanya satu. Perkataan Linga ialah ganbungan daripada perkataan LING + GA, Ling bermaksud dissolusi/ mahapralaya /kiamat, manakala Ga bermaksud penciptaan (creation), maka maksud sebenar ialah Tuhan maha berkuasa yang melakukan tugas penciptaan dan disolusi, Setiap benda datang daripadaNya dan akan kembali kepadaNya. Mahadeva Siva merupakan tonggak utama untuk mencapai Moksha (Mazhab Siva). Linga juga mewakili Trimurti utama (Rudra/ Siva, Vishnu dan Brahma). Kitab Rujukan Autoriti untuk Mazhab Siva. Rujukan utama  seharusnya daripada 4 Veda dan 28 Saiva Agama yang diturunkan sendiri oleh Mahadeva Siva, Maka sebarang klaim seharusnya daripada Veda atau Agama. Disamping ada 18 Mahapurana termasuk Siva Purana, Linga Purana dll. Namun Purana bukan autoriti rujukan dan ia lebih kepada sejarah la

Arulattam/Trance and Saiva Siddhantam

 Arulattam/ Trance and Saiva Siddhantam Meaning of Trance Trance is actually when a bhakta reaches the height of Bhakti (paravasam), after went through vratham, pujas, meditations, etc., the mind is fully engrossed with the deity one prays,  the atma will be connected with the Paramporul within one’s body. The maya veil is removed for a moment, thus the sparks of the ‘projected’/believed deity/paramporul will manifest in the physical body of the person. (The deity projected is based to past karmic account actually). That is the reason one in trance will cry, yell, dance, etc because the joy of the temporary union with the deity. The ‘projected’/believed appearance is based on what deity one prays. If one projected Kaliaman, the Kaliamman will manifest, if Muneeswarar then Muneeswarar will be manifested. Most bhaktas don’t go for Murugan, Sivan or Ganapathy because it is considered difficult or seen as a higher deity. But if one really projected, these deities also will manifest (karmic

Varna, Caste and Jati : The Truth That Misappropriated.

Hinduism: The Truth As It Is #1 Varna, Caste, and Jati: The Truth That Misappropriated. (English Version) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1892142511094950&id=1637620529880484 Hindu religion often labeled as a religion that practices caste. In fact, HINDUS DON'T PRACTICE OR ENDORSE CASTE. Instead, a man of all religions and not religious practice caste in daily life. The words Caste, Jati, and Varna have been manipulated by groups of religious predators to increase their religious followers. The caste terminological has been misappropriated to manipulate, (for over 2000 years) to attract and converted by the religious predator. The Hindu children need to be saved from this religious predator. <script async src="https://pagead2.googlesyndication. com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script>  (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({  google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",  enable_page_level_ads: true })