Skip to main content

Siri Mendidik Zakir Naik. 1 : Tafsiran Salah

Siri Mendidik Zakir Naik.  1 : Tafsiran Salah




<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({ google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307", enable_page_level_ads: true }); </script>

Soalan.
Adakah Zakir menggunakan tafsiran mengenai
Kitab Hindu yang benar, tepat dan sah?


Jawapan.
Tafsiran Zakir mengenai Kitab Hindu itu salah,
bohong, fitnah dan nista. Zakir tidak patut
menggunakan tafsiran yang salah terhadap
kitab agama orang lain.
Contoh yang paling ketara ialah YajurVeda 40.9.


Sloka Lengkap yang Sebenar.
Mereka masuk dalam kegelapan, yang menyembah 
dalam bentuk tanpa imej  (asambhuti)  SAHAJA.
(Tidak percaya keadaan sambhuti)

Mereka masuk ke kegelapan yang lebih dalam,
yang menyembah  dalam bentuk imej (sambhuti)
SAHAJA” (Tidak percaya keadaan asambhuti)


Tafsiran Zakir, (Ditafsirkan salah).
Mereka masuk dalam kegelapan, yang menyembah
elemen alam  (asambhuti) seperti  udara, air, api dsb.
Mereka masuk ke kegelapan yang lebih dalam, yang
menyembah benda ciptaan (sambhuti) seperti gambar,
kerusi,... patung.” Zakir cuba membuktikan ayat itu
menyatakan  bahawa menyembah Tuhan dalam
bentuk imej ialah salah. Zakir tambah sendiri perkataan
seperti elemen alam, udara,air, api, benda ciptaan,
gambar, kerusi, patung dll.





Tafsiran Sebenar.
Mantra itu sebenarnya menyatakan Brahman
(Tuhan) wujud  dalam bentuk tiada imej  
(asambhuti / formless / arupam / nirguna)
dan berimej (sambhuti / form /rupam / sarguna).
Asambhuti ialah Tuhan wujud dalam keadaan
tiada imej manakala sambhuthi bermaksud
Tuhan wujud dalam keadaan berimej. Seorang
penganut (bhakta)  harus mempercayai
kewujudan Tuhan dalam kedua-dua keadaan.
Jangan hanya percaya / sembah sambhuti sahaja
atau asambhuti sahaja secara berasingan tanpa
mempercayai keadaan wujud yang satu lagi.
Kalau percaya hanya satu keadaan wujud Tuhan,
maka orang itu berada dalam kegelapan. Orang
yang percaya Tuhan wujud hanya dalam keadaan
tiada imej (Asambuti / nirguna) berada dalam
kegelapan kerana Tuhan Maha berkuasa, Maha
sempurna dll, maka Tuhan berkuasa, mampu,
boleh dan akan mengambil sebarang rupa, bentuk
pada bila-bila masa, ruang dan keadaan. Jikalau
Tuhan tidak mampu atau tidak akan mengambil
rupa, maka perkara itu menunjukkan ‘Tuhan’ itu
tidak sempurna sifatnya. Orang Hindu percaya
Tuhan Maha sempurna sifatnya.


Zakir sengaja tidak dedahkan Yajur 40.10-11


Yajur 40.10
Sembah Tuhan dalam bentuk tiada imej (asambhuti
/ demi kebaikan moksha)  dan sembah Tuhan
dalam bentuk berimej (sambhuti / demi kebaikan
duniawi.) dapat hasil yang berbeza 


Yajur 40.11
 “ Dan HANYA mereka yang  mempercayai kewujudan
Brahman dalam kedua - dua keadaan, iaitu keadaan
Tuhan  tiada imej (asambhuti) dan berimej (sambhuti)
ialah penganut (bhakta) yang sebenar, akan sampai
ke pangkuanNya.”


Yajurveda 40. 9-11 jelas menunjukkan orang Hindu
tidak menyimpang daripada ajaran Kitab  Veda.
Tiada perkataan yang melarang penyembahan
Tuhan dalam bentuk berimej. Malahan ia
mengalakkan penyembahan berimej.
Orang Hindu percaya Tuhan yang Mahakuasa boleh
mengambil sebarang bentuk atau imej pada
bila- bila masa, keadaan atau tempat.



Adakah Zakir tafsir kitab Hindu sepertimana Salman
Rushdie mentafsir Kitab Islam? Tafsir ikut kepala
sendiri. Tafsiran yang salah, bohong, fitnah dan nista. 
Kalau Zakir tafsiran orang lain, mengapakah
Zakir menggunakan tafsiran versi yang salah?
Golongan yang taksub dengan Zakir, tolong
sedarkan diri mengenai tafsiran Zakir mengenai
kitab orang. Mempercayai sesuatu tanpa selidiki
sendiri juga dosa.

Om Mahakali Jayam.
Sivasiddhi.
Sivasiddhi Spiritual Foundation.
24 September 2019

Rujukan


1.The Real Interpretations That Hindus Follow.
Yajur Veda (Y.40.9)
August 22, 2017


2.Kepada Orang Yang Mempertuhankan Zakir


3.An Open Letter to Dr.Zakir Naik: Hindus are
Demanding a Public Apology from Zakir Naik

4. Tafsiran Zakir mengenai Yajurveda 40.9

Comments

Popular posts from this blog

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan.  Dalam Konteks Hindu. Simbol /Linga (Sanskrit    लिङ्ग ) Linga ialah SIMBOL sempurna mewakili Tuhan Mahaesa (Veda-Parabrahman, Mazhab Siva- Mahesan) yang tiada rupa hanya satu. Perkataan Linga ialah ganbungan daripada perkataan LING + GA, Ling bermaksud dissolusi/ mahapralaya /kiamat, manakala Ga bermaksud penciptaan (creation), maka maksud sebenar ialah Tuhan maha berkuasa yang melakukan tugas penciptaan dan disolusi, Setiap benda datang daripadaNya dan akan kembali kepadaNya. Mahadeva Siva merupakan tonggak utama untuk mencapai Moksha (Mazhab Siva). Linga juga mewakili Trimurti utama (Rudra/ Siva, Vishnu dan Brahma). Kitab Rujukan Autoriti untuk Mazhab Siva. Rujukan utama  seharusnya daripada 4 Veda dan 28 Saiva Agama yang diturunkan sendiri oleh Mahadeva Siva, Maka sebarang klaim seharusnya daripada Veda atau Agama. Disamping ada 18 Mahapurana termasuk Siva Purana, Linga Purana dll. Namun Purana bukan autoriti rujukan dan ia lebi...

Sembah Patung? Agama Apa Itu?

Sembah Patung? Ada orang ingat atau andaikan bahawa orang Hindu  sembah patung (berhala) kerana dia NAMPAK  orang Hindu sembah di hadapan patung tanpa sedar atau memahami hakikat sebenar.  Persoalan,  Saya juga LIHAT  ada orang sembah dihadapan bangunan, ADAKAH ORANG ITU SEMBAH BANGUNAN ITU? TENTUNYA TIDAK.  Kerana saya sebagai seorang Hindu ada kewarasan minda untuk memahami kebenaran TUHAN dan memahami konsep Tuhan dalam keadaan Nirguna dan Sarguna.  Tetapi ada orang yang DANGKAL ilmu ingat orang Hindu sembah batu. Perlu diingatkan disini, ORANG ITU PERNAH MENGAKU SEMBAH BATU MASA KECIL KERANA KEBODOHAN SENDIRI. MALANGNYA MASIH KEKAL BODOH walaupun mendabik sudah jadi pandai.  <script async src="https://pagead2.googlesyndication. com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script>  (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({  google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",  enable_page_level_ads: true }...

Conversion is Sin According to Hinduism.

Conversion is Sin According to Hinduism In Hinduism, conversion does not exist because every child belongs to the Almighty God. Everyone is on His list. If a person converts into other religions, it is a sin . No matter what religious scriptures from different faith have described, this one single truth must be looked into consideration by every human on this planet. This fits every religion on earth. Why? All the scriptures claim that there is only one God ; God is the Almighty, the great, the omniscient, omnipotent, omnipresence … etc. The supreme God supposedly created the earth, human, religions, you, me and etc. Every religion claims nothing will move without God’s consent, every single thing is bounded by His will. I believe that all the faiths on earth accept this truth. The all-knowing God, who placed the moons, planets, earth, etc. in the right places, do you think He might put you in the wrong place (family of faith)? If you believe in God, there is no cho...