Skip to main content

Perjalanan Roh Selepas Mati Menurut Agama Hindu.

Perjalanan Roh Selepas Kematian Menurut
Agama Hindu.

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.
com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
 google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",
 enable_page_level_ads: true});



Perjalanan Roh.
Menurut agama Hindu, roh tidak akan mati.
Hanya jasad manusia mati dan memaksa
roh meninggalkan badan itu. Roh yang bersaiz
ibu jari seseorang terdiri  daripada dua
bahagian dalam satu, iaitu roh  (atma) dan
minda (manas). Roh untuk pembesaran fizikal
manakala manas untuk menyimpan rekod atma.
Rekod kehidupan lepas memang direkod,
disimpan dan dibawa bersama dalam setiap
kelahiran semula roh itu. Sebagaimana, setiap
biji benih yang ditanam juga mempunyai
bahagian nukleus untuk pertumbuhan, nukleus
rekod informasi genetik (DNA) masing-masing
dan bekalan makanan.


Yamaloka.
Menurut Garuda Purana, roh yang meninggalkan
jasad akan meneruskan perjalanan ke Yamaloka
bersama wakil-wakil Yama. Roh boleh keluar
daripada mana-mana 9 lubang (nava dvaras) pada
jasad manusia. Badan juga dikenali sebagai
‘city of nine gates’, pintu yang roh keluar menentukan
masa dan kesesatan perjalanan roh itu ke Yamaloka
yang mempunyai 4 pintu masuk, pintu arah selatan
untuk golongan yang berdosa. Dalam perjalanan itu,
roh itu akan diingatkan kembali setiap detik perjalanan
hidupnya yang akan digambarkan sebagai sebuah
filem mengenai diri sendiri di mainkan semula dari
masa dia mengambil rupa dalam kandungan ibu
sampailah ke saat kematian hingga  ke liang lahat.
Dalam masa perjalanan itu, kesemua dosa dan
pahala akan diingatkan menyebabkan keadaan
minda bergelora / gembira bergantung merit karma.
Perlu diingatkan di sini, roh sentiasa bersama minda
(manas/ mind). Dalam perjalanan itu, roh akan
melalui pelbagai ruang neraka (21 neraka yang
tersangat dahsyat dari 28 neraka utama dan
kesemuanya sebanyak 8.4 juta), roh juga akan
merasai keperitan dan boleh sesat dan tersangkut
untuk jangka waktu yang lebih lama di dalam
perjalanan ke Yamaloka. Ini akan memberi pelbagai
kesengsaraan jiwa setelah melalui sendiri dan
melihat kesengsaraan roh-roh lain yang
terperangkap di neraka.


Skanda Menjadi saksi Tarpanam.
Dalam pada itu,  anak lelaki waris si mati perlu
melakukan upacara pindan (bekalan makanan
dalam perjalanan roh), tharpanam  (upacara di
kuil memberi sedekah bahan sayur-sayuran dan
menuang air bersama bijirin bijan hitam), tavasam
(ulang tahun kematian roh itu) untuk membantu
memudahkan perjalanan roh itu ke Yamaloka,
mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hari
di muka bumi bersamaan satu hari di alam akhirat
(yamaloka). Sebab itulah memberi pindan kepada
si mati amat penting supaya roh itu dapat makan
dan minum dalam masa pemberhentian untuk
berehat. Kalau tiada upacara pindaan di buat,
maka tiada makanan untuk si mati itu. Ini juga
boleh menyebabkan si mati boleh rasa marah
dengan waris yang sengaja tidak membantu
mereka. Anak lelaki diwajibkan untuk berbuat
demikian. Menurut Brahmanda Purana, Tuhan
Skanda/ Murugan menjadi saksi bahawa makanan
yang disajikan kepada si mati akan sampai kepada
mereka melalui mantra yang di baca.


Hari Pengadilan.
Di Yamaloka akaun karma yang direkod oleh
juru akaun iaitu Chitragupta untuk setiap
seorang manusia, akan dinilai oleh
Yamadharmaraja. Inilah yang dikatakan
sebagai Hari Pengadilan dalam agama
Hindu. Setiap seorang akan melalui
pengadilan secara individu selepas
kematiannya, (dalam agama Abraham
pengadilan dilakukan sekali untuk semua umat
manusia). Bergantung kepada penilaian
itu, sesuatu roh itu akan diadili dan ditentukan
untuk samada,
1. Dihumban ke neraka untuk jangka
waktu (boleh jadi ribuan tahun) tertentu
bergantung dosa pahala karma roh itu.
Setelah selesai hukuman akan dilahirkan
semula sebagai manusia untuk meneruskan
perjalanan untuk capai Moksha. (Ada versi
berbeza)
2. Dilahirkan sebagai haiwan atau tumbuhan,
ulat atau sebagainya. Sebagai hukuman tertentu
bergantung kepada dosa karma. Setelah tamat
hukuman, akan dilahirkan semula. Perlu diingatkan
di sini, sebelum sesuatu atma lahir sebagai
manusia, atma itu perlu melalui 8.4 juta kelahiran
sebelum itu samada haiwan (daripada satu unit
sel) atau tumbuhan. Kelahiran manusia ialah
antara yang amat susah untuk diperolehi,
maka janganlah sia-siakan peluang keemasan
yang diberi kepada kita.  
3. Dilahirkan sebagai manusia untuk meneruskan
usaha perjalanan ke tahap  yang lebih tinggi.
Hanya manusia sahaja diberi kebolehan berfikir
untuk sembah Tuhan. Namun hukum tertentu juga
dikenakan semasa kelahiran semula. Inilah sebab
ada perbezaan yang antara manusia yang lahir di
muka bumi, ada yang dilahirkan cacat, sempurna
fizikal, kaya, miskin, bijak, lemah akal dan sebagainya.
4. Dihantar ke syurga (svarloka), dunia dewa
( devaloka), alam orang mati /barzakh (pitruloka),
dll. untuk jangka waktu tertentu untuk menikmati
merit dia untuk sementara waktu bergantung kepada
merit pahala (punya) / dosanya (papa).
5. Bersatu bersama Tuhan (mencapai Moksha).
Matlamat utama setiap seorang Hindu ialah abadi
bersama Brahman, bersatu dengan Parabrahman
(Arul perumjothy). Mencapai moksha bermaksud
roh itu telah bebaskan dirinya daripada kelahiran
semula (samsara). Golongan yang mencapai Moksha
ada yang diturunkan kembali ke dunia untuk
membantu dan mendidik manusia lain contoh
seperti Rishi, antaranya ialah Veda Vyasa yang
menyusun kembali kitab-kitab Hindu yang diturunkan
melalui sruti (wahyu) dll.

Di samping itu ada roh yang terperangkap di alam bumi
akibat daripada samada,
1. Nyawa terkeluar daripada badan
disebabkan terdesak kerana kemalangan, terbunuh dsb.
sebelum masa ditentukan belum tiba (ketibaan Wakil-wakil
Yamadharmaraja / a sudden death). Terpaksa merayau di
alam bumi sehingga tamat tempoh hayat sebenar.
2. Ada juga roh diperangkap oleh golongan yang mengamalkan
ilmu hitam (bomoh), memerangkap roh tertentu
untuk tujuan kepentingan sendiri, samada roh itu diikat atau
dibela.
3. Roh yang telah disumpah oleh seseorang akibat daripada
sesuatu perkara dilakukannya. Akan terperangkap sehingga
sumpahan itu selesai.



Setiap seorang Hindu mempunyai tugas dan tanggung
jawab yang wajib dalam 5 Rukun Hindu yang penting
iaitu Panca Nitya Karma. Tanggungjawab membantu
perjalanan roh waris keluarga salah satu kewajipan.
Anak lelaki bertanggungjawab sepenuhnya.


Om Namo Narayana
Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation Malaysia
9 Mei 2020


Rujukan
1. The Garuda Purana, by Ernest Wood and S.V. Subrahmanyam,

2. Srimad Bhagavatam Buku 5. Bab 26. 
28 buah neraka: Tāmisra, Andhatāmisra, Raurava, Mahāraurava,
Kumbhīpāka. Kālasūtra, Asi-patravana, Sūkaramukha, Andhakūpa,
Kṛmibhojana. Sandaṁśa, Taptasūrmi, Vajrakaṇṭaka-śālmalī, Vaitaraṇī,
Pūyoda, Prāṇarodha, Viśasana, Lālābhakṣa, Sārameyādana, Avīci,
Ayaḥpāna. Kṣārakardama, Rakṣogaṇa-bhojana, Śūlaprota,
Dandaśūka. Avaṭa-nirodhana, Paryāvartana and Sūcīmukha.


3.Panca Nitya Karma
Mempercayai, memuja atau berkhidmat  kepada Tuhan /
Dewa-Dewa, para rishi, pitru  (nenek moyang yang telah
mati), bhutas ( menghormati pancha bhutas, dunia asura,
nagas dll) , dan semua benda hidup (manusia (manitha
neyam, humanity).benda hidup yang lain (jiva karuniyam
/ ahimsa)
4. Brahmanda Purana, Bab 28

Comments

Popular posts from this blog

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan.  Dalam Konteks Hindu. Simbol /Linga (Sanskrit    लिङ्ग ) Linga ialah SIMBOL sempurna mewakili Tuhan Mahaesa (Veda-Parabrahman, Mazhab Siva- Mahesan) yang tiada rupa hanya satu. Perkataan Linga ialah ganbungan daripada perkataan LING + GA, Ling bermaksud dissolusi/ mahapralaya /kiamat, manakala Ga bermaksud penciptaan (creation), maka maksud sebenar ialah Tuhan maha berkuasa yang melakukan tugas penciptaan dan disolusi, Setiap benda datang daripadaNya dan akan kembali kepadaNya. Mahadeva Siva merupakan tonggak utama untuk mencapai Moksha (Mazhab Siva). Linga juga mewakili Trimurti utama (Rudra/ Siva, Vishnu dan Brahma). Kitab Rujukan Autoriti untuk Mazhab Siva. Rujukan utama  seharusnya daripada 4 Veda dan 28 Saiva Agama yang diturunkan sendiri oleh Mahadeva Siva, Maka sebarang klaim seharusnya daripada Veda atau Agama. Disamping ada 18 Mahapurana termasuk Siva Purana, Linga Purana dll. Namun Purana bukan autoriti rujukan dan ia lebih kepada sejarah la

Arulattam/Trance and Saiva Siddhantam

 Arulattam/ Trance and Saiva Siddhantam Meaning of Trance Trance is actually when a bhakta reaches the height of Bhakti (paravasam), after went through vratham, pujas, meditations, etc., the mind is fully engrossed with the deity one prays,  the atma will be connected with the Paramporul within one’s body. The maya veil is removed for a moment, thus the sparks of the ‘projected’/believed deity/paramporul will manifest in the physical body of the person. (The deity projected is based to past karmic account actually). That is the reason one in trance will cry, yell, dance, etc because the joy of the temporary union with the deity. The ‘projected’/believed appearance is based on what deity one prays. If one projected Kaliaman, the Kaliamman will manifest, if Muneeswarar then Muneeswarar will be manifested. Most bhaktas don’t go for Murugan, Sivan or Ganapathy because it is considered difficult or seen as a higher deity. But if one really projected, these deities also will manifest (karmic

Varna, Caste and Jati : The Truth That Misappropriated.

Hinduism: The Truth As It Is #1 Varna, Caste, and Jati: The Truth That Misappropriated. (English Version) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1892142511094950&id=1637620529880484 Hindu religion often labeled as a religion that practices caste. In fact, HINDUS DON'T PRACTICE OR ENDORSE CASTE. Instead, a man of all religions and not religious practice caste in daily life. The words Caste, Jati, and Varna have been manipulated by groups of religious predators to increase their religious followers. The caste terminological has been misappropriated to manipulate, (for over 2000 years) to attract and converted by the religious predator. The Hindu children need to be saved from this religious predator. <script async src="https://pagead2.googlesyndication. com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script>  (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({  google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",  enable_page_level_ads: true })