Skip to main content

Aghori Dalam Hinduisme (Bahagian 3)

Aghori Dalam Hinduisme 


<script async src="https://pagead2.googlesyndication.
com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
 google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",
 enable_page_level_ads: true});


Bahagian 3


Sadhana.
Seorang aghori menjalani sadhana ini semasa tempoh
mencari kebenaran. Selepas memahami kebenaran
dan MENYEDARI ( Realisation) kebenaran Tuhan,
ritual ekstrim ini tidak akan diamalkan lagi. Mereka
akan mengikut aliran satvik. Mereka yang belum
mencapai  kejayaan akan terus berusaha.

Ritual dan Tujuan Ritual Aghori. 
1. Shava Sadhana.
Bermeditasi di hadapan mayat (shava).Ini merupakan
pra syarat utama untuk menjadi seorang aghori.  Ia
ialah ujian ‘Fear Factor ‘ yang perlu lulus.  Devi Smashan
Tara akan diseru untuk perlindungan dan membantu
bakal aghori mencapai sadhananya. Devi Tara 
kelihatan seperti Devi Kali,tetapi warna biru,memegang
bunga lotus dan berbeza dengan Devi Kali  yang
berwarna hitam. 
Tujuan bermeditasi di tapak perkuburan,
a. Ujian untuk mengatasikan ketakutan. 
Tinggal bersama mayat, makan bahagian mayat, 
mengunakan tengkorak  ialah untuk mengatasi
ketakutan. ( Aksi fear factor yang lebih ekstrim
daripada rancangan tv)  Dalam proses ini mereka
juga perlu berdepan dengan roh orang mati,
semangat jahat (berdendam) , yang terlepas
daripada tuannya atau yang terbiar. Sebab itu
mereka memilih kubur kerana  semua orang
pasti mati dan akan sampai ke situ.
b. Menguasai dan mengawal roh -roh. 
Mereka perlu berdepan dengan roh - roh yang
jahat, roh yang menganggu(seperti di atas).
Mereka harus berani berdepan dan mampu
menguasai (menangkap) dan mengarahkan roh
ini untuk tujuan tertentu.  (Unsur bomoh, berasal
daripada teknik begini) 

2. Menyapu abu mayat.
Hanya dilakukan golongan ini.  (Naga, Kapalika,
Aghori)
Bertujuan untuk mengatasi unsur ketakutan. Namun,
Aghori sapu abu untuk melindungi kulit dari jangkitan
kuman atau penyakit, sebab abu yang telah terbakar
penuh, bebas dari kuman ( anti septic natural).
Mereka tidak membeli daripada kedai!

Abu ‘tiruneeru / bhasma)  yang diguna oleh orang
Hindu di kuil dan rumah dibuat daripada herba
campuran,  bukannya daripada abu mayat.
Jangan tersalah tafsir.

3.Aghori   bertelanjang (  naked ), tidak memakai
apa - apa pakaian atas sebab, 
a. Sebagai latihan untuk atasi rasa malu. 
Menghilangkan segala jenis perasaan merupakan
salah satu langkah mencapai Moksha. Maka aghori
bertelanjang untuk menghilangkan rasa malu. Kita
boleh lihat dalam kehidupan harian, bayi dan kanak-
kanak boleh berlegar telanjang bulat kerana unsur
rasa malu itu tidak wujud. Rasa malu itu dibentuk
oleh kita sendiri. Begitu juga masyarakat asli di
kawasan pedalaman. Haiwan tidak boleh dikategorikan
dalam bahagian ini kerana haiwan tidak diberikan
minda untuk berfikir mengenai Tuhan atau  mencapai
moksha.

b. Aghori yang berjaya mengatasi astamahapasa,
mereka dapat merealisasi kewujudan Tuhan ialah
atma, dalam keadaan minda bersama Tuhan ( bodiless
state of mind) , minda roh bersama Tuhan, kesedaran
badan tidak wujud. Apabila tidak wujud kesedaran
badan, maka tidak ada keperluan pakaian.  Contohnya
dalam    Genesis 2, Bible,  Adam dan Eva di syurga,
tanpa pakaian (naked), selepas mereka makan buah
larangan, baru sedar mereka  akan kewujudan badan.
Seterusnya melakukan seks (original sin) menyebabkan
lahirnya manusia dengan menanggung dosa itu
semasa kelahiran. 

c. Golongan Aghori ini juga merasakan tidak ada
keperluan memakai pakaian kerana melihat kebesaran
Tuhan dalam semua benda sebagai sama, roh Tuhan
ada dalam semua benda. Semuanya secara natural a
da kebesaran Tuhan. Begitulah keadaan minda aghori
ini yang tulen, bersih dan suci. 


4. Amalan pemakanan
Golongan aghori memakan semua benda seperti
daging manusia (mayat sahaja), haiwan (bangkai
sahaja). Aghori TIDAK membunuh untuk tujuan makan,
mereka makan tinjah, apa-apa yang boleh dimakan
termasuk daripada sampah dan minum air kencing
dan lain-lain yang menjijikan bagi manusia biasa.
INGAT! Mereka TIDAK meminta sedekah seperti
petapa (sadhu) aliran lain. Mereka tiada sumber lain. 
Tujuan khusus tertentu untuk mengamalkannya.
a. Sebagai ritual latihan dan ujian.
Memakan tinjah, bangkai atau mayat dan minum air
kencing dilakukan untuk atasi rasa takut, malu, muak,
jijik dan semua perasaan yang negatif  dan mahukan
positif. Bebaskan minda daripada ikatan atau tarikan
terhadap astamahapasa.
i) Amalan memakan  mayat manusia.
Aghori memakan mayat daripada tempat pembakaran
mayat atau tanah perkuburan atau dipunggut daripada
sungai. Perkataan kanibal tidak betul. Kanibal ialah
golongan yang menyerang atau menangkap manusia
lain untuk tujuan makan kerana nafsu makan.
Aghori ini makan semua benda, sebab mereka tidak
ingin ada apa - apa waste products,  ini termasuk mayat.
Mereka hanya makan sisa dari mayat yang dibakar,
(di anggap waste product ) bukan daging mentah
daripada manusia yang dibunuh. Manusia kanibal
hanya mempunyai tujuan hendak makan daging
manusia  kerana telah merasakan kesedapan
dan sanggup membunuh manusia lain.  Aghori
ini makan sebagai alas perut dengan tujuan tidak
mahu membazirkan benda.
ii) Amalan minum air kencing
Air kencing digunakan aghori untuk tiga tujuan berbeza.
Dalam bahasa Tamil air kencing  disebut mutaram
bermaksud tiga nilai. Iaitu boleh digunakan sebagai
minuman, ubat dan untuk menghalau roh jahat atau
menjauhkan binatang liar. Amalan minum air kencing
ini diamalkan di serata dunia. Selain itu,amalan
minum air kencing haiwan seperti juga diamalkan.
Di Arab, amalan minum air kencing unta diamalkan.
Ada kisah manusia selamat dengan minum air kencing
selama14 hari. Air kencing mengandungi pelbagai
kimia yang berguna seperti serotonin.
iii) Amalan makan tinjah
Amalan ini adalah bertujuan untuk ritual latihan yang
penting. Tujuan adalah untuk menghilangkan rasa jijik,
malu, menahan penyakit dan sebagainya. Kita sering
pernah lihat bayi yang makan tinjah sendiri tanpa
sedarinya, tanpa sebarang kejijikan, ini adalah kerana
minda bayi berkenaan suci tanpa sebarang
kekotoran astamahapasa. Melalui masa kita
menanamnya. Seorang aghori ingin melatih mindanya
ke tahap suci itu.

b.Makan sekadar ritual  dan alas perut.
Aghori tidak makan atau minum untuk menjamu
selera atau untuk memuaskan nafsu makan
dengan jamuan atau fiesta makanan. Mereka makan
apa yang ada dari alam sekitar. Aghori tidak akan
meminta apa-apa daripada orang ramai.

c. Mengurangkan waste product.
Mayat,bangkai, bahan buangan adalah tidak berguna
untuk sesiapa. Maka mereka cuba dapatkan apa-apa
yang boleh digunakan sebagai alas perut.

5. Menghisap ganja dan minum alkohol
Amalan ganja ( marijuana) memang wujud dikalangan
aghori 'sesat', ideanya ialah mereka boleh melupakan
duniawi ( bukan mabuk) dan fokus dalam usaha
bersama Tuhan dengan penuh khusyuk. Kini,saintis
mengesahkan kebaikan dadah jenis ini untuk kesihatan.
Golongan aghori mengetahui ilmu berkenaan penggunaan
dadah untuk meningkatkan kekuatan batin.
Perbuatan mengamalkan ganja ini salah ikut pandangan
agama Hindu. Ia sebenarnya berkaitan dengan amalan
alkemi seperti rasa mani ( merkuri)  tetapi melalui
masa ia menyimpang.  

6. Hubungan Seksual -
Pegangan seorang aghori ialah mengawal syawat
nafsu. Menjimatkan tenaga batin untuk pengunaan
menghidupkan tenaga spiritual (Kundalini). Mereka
menjauhkan diri daripada orang ramai, terutamanya
wanita.  Golongan tantrik mengamal ritual seks
tantrik bukan aliran aghori. Unsur ‘seks’ wujud untuk
tujuan uji ketahanan mental untuk tidak mengeluarkan
bindu ( life fluid). Life  fluid ini sangat bernilai bagi aghori
untuk ‘disimpan’ dalam badan untuk tujuan tenaga
spiritual. 
Tuduhan aghori melakukan hubungan seks dengan
mayat atau wanita dalam haid tidak berasas. Perkara
hubungan seks antara manusia  (necrophilia) dengan
mayat mungkin wujud dalam pegangan golongan
sesat yang lain. Contohnya, ada kisah  necrophilia
begini dalam dunia Arab,  saya tidak pasti sejauh
mana kebenarannya.  Begitulah tuduhan atau
tohmahan terhadap aghori. Konsep seks dalam
aghori dan  tantrik  telah dicampur aduk. Seks
dalam aghori dan tantrik berbeza. Kedua-dua
kumpulan mazhab ini dianggap  'sesat ' ikut
pandangan kumpulan right hand agama Hindu.
Namun,tiada orang yang berhak untuk menilai
orang lain. Setiap seorang itu bertanggungjawab
pada karma sendiri.




Kesimpulan


Aghori ialah suatu bentuk sadhana (amalan) yang
dikira ekstrem untuk mencapai Moksha dalam
kelahiran ini. Mereka tidak mahu kelahiran semula.
Mereka sanggup menjalani ritual yang dikira ekstrem.
Mengkatogerikan Aghori sebagai kanibalisme
merupakan kesilapan besar oleh golongan yang
tidak memahami Hinduisme yang anti juga anti
Hinduisme. Aghori ialah golongan yang paling
suci dan tulus dalam mencapai ketuhanan. Namun
ada yang berpura-pura Aghori dan merosokkan
nama baik Aghori yang sebenar.


Om Aghoraye Namahe
Om Namasivaya.

Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation Malaysia
30 Mei 2020
( Artikel asal diterbit pada 26 Julai 2018)
Aghori.  Part 1 of  3
Aghori.  Part 2 of  3
Aghori.  Part 3 of  3


Rujukan 


1. Gupta, R. P. (1993). The politics of heterodoxy and the Kina
Rami ascetics of Banaras. Dissertation Abstracts International.
2. Svoboda, R. (1986). Aghora: At the left hand of God. Las Vegas,
NV: Brotherhood of Life. 
3. Shiva Purana,Koti Rudra Samhita. 
4. Garuda Purana .
5.Rai Bahadur… (1914) The Gheranda Samhita, Bhuvaneswari,
The Panini Office 
6.Pancham Sinh, (1915), The Hatha Yoga  Pradipika,  Bhuvaneswari,
The Panini Office 
8. Avadhuta Gita (Song of the Free) ,attribute to Dattatreya. .
9. https://en.wikipedia.org/wiki/Bhikshatana

Comments

Popular posts from this blog

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan.  Dalam Konteks Hindu. Simbol /Linga (Sanskrit    लिङ्ग ) Linga ialah SIMBOL sempurna mewakili Tuhan Mahaesa (Veda-Parabrahman, Mazhab Siva- Mahesan) yang tiada rupa hanya satu. Perkataan Linga ialah ganbungan daripada perkataan LING + GA, Ling bermaksud dissolusi/ mahapralaya /kiamat, manakala Ga bermaksud penciptaan (creation), maka maksud sebenar ialah Tuhan maha berkuasa yang melakukan tugas penciptaan dan disolusi, Setiap benda datang daripadaNya dan akan kembali kepadaNya. Mahadeva Siva merupakan tonggak utama untuk mencapai Moksha (Mazhab Siva). Linga juga mewakili Trimurti utama (Rudra/ Siva, Vishnu dan Brahma). Kitab Rujukan Autoriti untuk Mazhab Siva. Rujukan utama  seharusnya daripada 4 Veda dan 28 Saiva Agama yang diturunkan sendiri oleh Mahadeva Siva, Maka sebarang klaim seharusnya daripada Veda atau Agama. Disamping ada 18 Mahapurana termasuk Siva Purana, Linga Purana dll. Namun Purana bukan autoriti rujukan dan ia lebih kepada sejarah la

Arulattam/Trance and Saiva Siddhantam

 Arulattam/ Trance and Saiva Siddhantam Meaning of Trance Trance is actually when a bhakta reaches the height of Bhakti (paravasam), after went through vratham, pujas, meditations, etc., the mind is fully engrossed with the deity one prays,  the atma will be connected with the Paramporul within one’s body. The maya veil is removed for a moment, thus the sparks of the ‘projected’/believed deity/paramporul will manifest in the physical body of the person. (The deity projected is based to past karmic account actually). That is the reason one in trance will cry, yell, dance, etc because the joy of the temporary union with the deity. The ‘projected’/believed appearance is based on what deity one prays. If one projected Kaliaman, the Kaliamman will manifest, if Muneeswarar then Muneeswarar will be manifested. Most bhaktas don’t go for Murugan, Sivan or Ganapathy because it is considered difficult or seen as a higher deity. But if one really projected, these deities also will manifest (karmic

Varna, Caste and Jati : The Truth That Misappropriated.

Hinduism: The Truth As It Is #1 Varna, Caste, and Jati: The Truth That Misappropriated. (English Version) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1892142511094950&id=1637620529880484 Hindu religion often labeled as a religion that practices caste. In fact, HINDUS DON'T PRACTICE OR ENDORSE CASTE. Instead, a man of all religions and not religious practice caste in daily life. The words Caste, Jati, and Varna have been manipulated by groups of religious predators to increase their religious followers. The caste terminological has been misappropriated to manipulate, (for over 2000 years) to attract and converted by the religious predator. The Hindu children need to be saved from this religious predator. <script async src="https://pagead2.googlesyndication. com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script>  (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({  google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",  enable_page_level_ads: true })