Skip to main content

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan.
 Dalam Konteks Hindu.


Simbol /Linga (Sanskrit  लिङ्ग )
Linga ialah SIMBOL sempurna mewakili Tuhan Mahaesa (Veda-Parabrahman, Mazhab Siva- Mahesan) yang tiada rupa hanya satu.
Perkataan Linga ialah ganbungan daripada perkataan LING + GA, Ling bermaksud dissolusi/ mahapralaya /kiamat, manakala Ga bermaksud penciptaan (creation), maka maksud sebenar ialah Tuhan maha berkuasa yang melakukan tugas penciptaan dan disolusi, Setiap benda datang daripadaNya dan akan kembali kepadaNya. Mahadeva Siva merupakan tonggak utama untuk mencapai Moksha (Mazhab Siva). Linga juga mewakili Trimurti utama (Rudra/ Siva, Vishnu dan Brahma).

Kitab Rujukan Autoriti untuk Mazhab Siva.
Rujukan utama  seharusnya daripada 4 Veda dan 28 Saiva Agama yang diturunkan sendiri oleh Mahadeva Siva, Maka sebarang klaim seharusnya daripada Veda atau Agama. Disamping ada 18 Mahapurana termasuk Siva Purana, Linga Purana dll. Namun Purana bukan autoriti rujukan dan ia lebih kepada sejarah lama ditulis oleh pendita. Zaman sekarang kebanyaknnya  telah dipalsukan oleh yang beragenda. Bagi sekta berbeza masing-masing mempunyai rujukan lanjutan, contoh sekta Saiva Sidhhanta ada 12 Tirumurai, begitu juga sekta Pasupatha, Kashmir Saiva, dll ada rujukan lajutan sendiri. 

Konsep Tuhan. (Keberadaan/ Kewujudan) 
Konsep Tuhan dalam bentuk (a) Nirguna  ( tiada rupa / arupam/ asambhuti) seperti Brahman, (b) bentuk Saguna  (rupa /rupam/ sambhuti) seperti Shiva, Krishna dll  dan (c) rupa untuk yang tiada rupa (arupa rupam, hanya dalam Mazhab Saivism) seperti Linga mempunyai pengaruh penting dalam agama Hindu.
Tuhan dalam bentuk nirguna, tiada imej atau rupa. Kita boleh sembah Tuhan yang tiada rupa/imej dengan cara menyebut /vak / mantra / 'syahadah'  Tuhan dan juga dengan ritual / solat /pergerakan tertentu. Tuhan dalam bentuk saguna mempunyai rupa.  Maka imej tertentu telah dilihat atau avatar diketahui. Murthy dibentuk untuk upacara ritual di kuil atau rumah.

Sembahan Sivalinga untuk Zaman Kali
Linga ialah SIMBOL Tuhan yang tiada rupa.  Pada zaman Kali,  Shiva tidak akan mengambil rupa, manusia hanya boleh sembah  tanpa rupa atau hanya dalam simbol Linga.
Mengikut Mahabharata, pada penghujung zaman Dwapara, Shiva memberitahu penganutnya bahawa Dia tidak akan menjelma dalam sebarang bentuk rupa. Bentuk rupa wujud pada zaman Satya, Dwapara dan Treta sahaja.
Shiva yang dikenali sebagai Rudra dalam Veda, Upanishad dan Purana mengambil rupa.  Tetapi pada zaman Kali, hanya simbol Shiva Linga akan digunakan mewakili Tuhan yang tiada rupa, yang Mahaesa.

Sejarah.

Bukti sejarah menunjukkan pemujaan Shivalinga telah wujud sejak 3500 SM -2300 SM. Bukti paling awal dijumpai di Lembah Indus dalam bentuk Linga.

Tiga Teori Penbentukan atau  Pemujaan/Penyembahan Shiva Linga.
a. Lingodbhava atau  pillar of light membentuk Linga.
b. Teori Brahmanda./ Hiranyagarbha (Linga batu Saligrama/ batu hitam oblong/telur)
c. Sumpahan menyebabkan Shiva mengambil bentuk Linga. (Linga Siva Sakti)
d. Tantrisme.

a. Teori  Lingodbhava.
Lingodbhava menjadi asas Shiva Linga  digunakan untuk disembah sebagai simbol Tuhan dipercayai oleh orang Hindu sepenuhnya. Lebih popular di zaman Vedik dengan nama Skamba, Stambha.



Menurut Siva Purana,
Linga ialah simbol menara cahaya (Lingodbhava / Stambha /Skambha) , Tuhan dalam bentuk cahaya (arum perumjothi / jothirlinga / supreme light), Linga juga boleh dilihat sebagai menara cahaya kosmik dikenali stambha. Shiva menjelma sebagai Lingodbhava untuk membuktikan ketinggian / keagungan melebihi Brahma dan Vishnu. Disamping itu sejarah purana menjelaskan Dewi Parvathy bersama kembali dengan Shiva di Gunung Annamalai.  Shiva menjelma dalam bentuk cahaya seribu kegemerlapan.
Kalau kita ada membaca kisah Moses mendapat 10 Arahan (commandment) daripada Tuhan, Moses nampak 'pillar of light' / 'cahaya secara menegak' . Ini merupakan contoh dalam Bible.

Ringkasan Daripada Kitab Hindu 

Shiva Linga  dilihat berbentuk menara api ada dijelaskan dalam kitab Hindu dengan secara terperinci dalam pelbagai purana.  Iaitu Vayu, Matsya, Markandeya, Kurma, Saura dll.
Dalam Rig Veda, Atharva Veda Rudra digambarkan sebagai menara cahaya (stambha) dan asas Hiranyagarbha.
Menurut Svetasvatara Upanishad, Rudra dijelaskan sebagai Mahaesa dan melahirkan Hiranyagarbha.

Menurut Siva Purana bahagian
Vidyeswar Samhita.


Shiva bermaksud bertuah (auspicious), di dalamNya terkandung kesemua objek dicipta, penciptaan di alam semesta akan kembali abadi kepadaNya selepas kiamat.
Linga juga bermaksud ruang (objek) menegak oblong. Ia ialah simbol, tanda, tempat di mana semua objek di cipta akan abadi (larut /dissolves) semasa pralaya (kiamat)
Maka definisi Shivalinga ialah simbol Tuhan yang Mahaagung di alam semesta. Shiva juga bermaksud yang bertuah,mendengar nama Shiva atau melihat Shivalinga, seseorang akan mendapat tuah atau hanya orang yang bertuah atau terpilih (chosen) sahaja dapat memahami dan menghayatinya. Shivalinga ialah simbol bagi Tuhan yang tanpa rupa atau imej.
Semua fenomena/penciptaan akan meresap kedalamNya. Dan, semua penciptaan/fenomena akan kembali /keluar daripada Shiva semasa penciptaan. Ia akan berulang.
Linga juga bermaksud tenaga dan potensi  Tuhan Siva. Manakala Yoni ialah origin, asas,sumber, tenaga kreativiti  (Sakthi). Percantuman Linga dan Yoni tidak boleh dipisahkan,  dua dalam satu Siva dan Sakti.
Ruang (Siva) yang pasif dan masa (Sakthi) yang aktif  wujud dalam semua kehidupan di alam semesta.

b. Teori Brahmanda. / Saligrama Linga
Linga sebagai ‘telur’ kosmik dikenali Brahmanda, alam semesta berbentuk oblong, tiada permulaan atau penghabisan. Linga mewakili alam semesta. Bentuk  ini yang dilihat oleh Rishi (Sufi) dalam pertapaan mereka.




Menurut Linga Purana.
Linga ialah simbol sempurna mewakili Tuhan yang tiada rupa. Batu Linga bentuk oblong (oval) mewakili alam semesta dan bahagian bawah dikenali yoni ialah kuasa agung yang memegang alam semesta.  
Menurut Skanda Purana.
Linga ialah alam semesta manakala  tapak (yoni) ialah dunia. Keseluruhan dewa-dewa, segala sesuatu di alam semesta akan diresap ke dalam Linga semasa kiamat.



c. Linga SivaSakti (Teori Sumpahan*)


Wujud teori ini dalam pelbagai kitab purana, cuba ditonjolkan dan disalah tafsir oleh golongan anti  Hindu atau Anarya (bukan Hindu) mengenai penyembahan Shiva Linga.




Menurut Siva Purana, Kothi Rudra Samhita. (Versi ini bukan authentik sepenuhnya**)

Di hutan Daruvana,  para Rishi memuja Tuhan Shiva, melakukan Trikala puja untuk ratusan tahun tetapi gagal, atas rayuan Parvati supaya belas kasihan sedikit kepada bhakta itu. Mereka tidak cukup beriman sebenarnya..sifat marah, kama/nafsu, tidak hormati tetamu atau pemakai bhasma sebenarnya, disebabkan rayuan Parvati Siva turun ke hutan itu.  
Shiva ingin menguji keimanan para rishi, maka Shiva menjelma sebagai seorang petapa yang telanjang badan diselaputi Tiruniru (ash), (naked sadhu body smeared with ash). Ketelanjangan bermaksud pada tahap spiritual (atma), badan tidak disedari kewujudannya.  Contohnya, dalam Bible, Adam dan Eva dalam keadaan telanjang di Taman Eden (syurga). Adam dan Eva tidak sedar akan kewujudan badan sehingga termakan buah larangan.
Sadhu telanjang itu terus memegang linga, kemungkinan besar ia ialah Linga yang digunakan semasa Trikala puja linga jenis Lingodbhava, Rishi yang tidak sedar mengenai ujian itu, sangat marah melihat petapa itu lalu menyumpah supaya melepaskan ‘linga ’. Golongan yang anti Hinduisme menterjemah dan mentafsirkannya sebagai alat sulit.  Sebenarnya linga jatuh bermaksud keseluruhan badan petapa sebagai Sarira Linga (alam semesta dalam bentuk mikro) dan nyawa (atma) petapa  sebagai Atma Linga (Roh Tuhan) berubah menjadi cahaya lalu menjunam ke bawah menuju ke bumi membentuk menara cahaya (stambha). Badan setiap manusia mewakili sebuah linga. 
Sumpahan itu telah menyebabkan Tuhan Shiva menunjukkan keadaan sebenar diriNya dalam bentuk cahaya menjunam ke bawah. Ada pendapat mengatakan ia ialah Siva maya/ Siva olok-olok.  Bahagian ini selalu ditafsir (oleh golongan Anarya yang mempunyai agenda tertentu) sebagai alat sulit terputus lalu bertukar menjadi cahaya, kalau benar maka apakah terjadi kepada bahagian yang lain petapa itu? Mengapa tiada sebarang data mengenai bahagian yang lain?
Tuhan Shiva dalam bentuk cahaya yang sangat kuat membakar apa sahaja dilaluannya.  Jaluran api itu membakar neraka (patala), syurga, dan bumi.  Keadaan ini membawa kepada keadaan kiamat.  Untuk menghentikan kemusnahan,  kuasa yang setara sahaja boleh menghalang dan  menyerapnya. Brahma dan para dewa memohon bantuan Shakti. Shakti ialah sebahagian setara daripada Shiva. Maka Dewi Parvati/Shakti menjelma dalam bentuk Yoni (objek yang berlubang / perumah berongga).  Persoalan disini, mengapa keseluruhan badan Mahadewi berubah menjadi objek berlubang? Mengapa tidak hanya bahagian alat sulit (vagina) sahaja terlibat? 
Tafsiran yang sebenar umat Hindu percaya bahawa Mahadewi dalam bentuk black hole (yoni) memerangkap jalur cahaya Shiva (Lingam) diperangkap dan diserap.  Menara cahaya itu  ( Shiva/Lingam) yang diperangkap melalui objek berlubang (Shakti/Yoni) menjadi Sivalingam, simbol kesatuan Shiva dan Shakti. Menara cahaya menjadi terkawal, tidak membakar dan kemusnahan terhenti. Setelah reda cahaya itu, linga dan yoni bertukar menjadi batu oblong dan tapak  seperti dikuil - kuil sekarang. (Sebab itulah Shivalingga sentiasa dibasahi dengan titisan air supaya lingga itu menjadi panas). Dunia menjadi aman. Maka para Rishi mula menyembah Tuhan Shiva dan Shakti dalam bentuk Shiva Linga.
Umat Hindu sentiasa melihat Shiva Linga sebagai Tuhan yang Mahaesa (Mahesan yang memberi Moksha) kerana beriman, mempunyai akal minda sempurna dan ada karma baik (bernasib baik) manakala golongan anarya yang tiada iman, tiada ilmu dan berkarma buruk (bernasib malang) melihatnya berdasarkan kebodohan mereka itu.

Versi-Versi Lain
Terdapat pelbagai versi yang berlainan dalam pelbagai kitab yang berlainan. Dalam Vamana Purana,  Shiva kehilangan Sakti lalu merantau dalam ketelanjangan disebabkan oleh Kama. Manakala dalam Padma Purana, sumpahan Savitri ke atas Shiva kerana menyertai perkahwinan Brahma dan Gayatiri. Sumpahan menyebabkan linga jatuh.
Shiva purana menjelaskan sumpahan Rishi Bhrgu menyebabkan pembentukan Shiva Linga. Menurut Vayu Purana pula,  Shiva sendiri melepaskan kuasa penciptaannya kepada Brahma dengan memacakkan Linga  (Menara cahaya / stambha) ke bumi membentuk Shiva Linga.

Setiap versi - versi purana yang berlainan ini mempunyai maksud tersirat tertentu dan diturunkan pada jangka masa yang berbeza. Ia bertujuan untuk menyampaikan maklumat tersirat untuk mendidik manusia. Hanya manusia yang mempunyai tahap minda tinggi dapat menyedari (realization) kebenarannya. Manusia yang lemah minda akan terperangkap dalam kegelapan dengan hanya cuba memahami secara literal bahasa.

Bahagian ‘linga jatuh’ ini sering disalahtafsir oleh golongan anti Hindu untuk tujuan penghinaan. Linga sering ditafsir sebagai alat sulit. Linga yang sebenarnya ialah stambha  / menara cahaya /pillar of light. Itulah nasib malang mereka, walaupun lahir sebagai manusia namun naluri kehaiwanan menarik mereka ke arah kebodohan.
(Perlu ingat, majoriti kitab Hindu dialih bahasa oleh aliran Missionary Kristian, sudah tentu ia dilakukan dengan agenda mendakwah agama mereka, maka kesemua terjemahan zaman British perlu dielakkan atau perlu dirujuk kepada kitab sanskrit terbitan sebelum zaman British)

d. Tantrism

Sekta tantrik mempunyai pandangan sendiri dalam memuja Shivalinga. Tuhan ialah asas kepada kelahiran (penciptaan) dan simbol fertiliti. Segala bentuk kehidupan muncul di permukaan bumi datang daripada bindu  (life fluid) lelaki kemudian melalui rahim ibu (hiranya garbha). Ia merupakan pintu masuk ke alam dunia bagi atma. Golongan tantrik melihat konsep ini sebagai asas origin benda hidup daripada Tuhan. Mereka melihat Shivalinga sebagai simbol Tuhan yang menjadi asas origin segala  kehidupan di alam semesta. Lelaki dilihat sebagai Shiva dan wanita sebagai Shakti. Tantrisme selalu disalahtafsir bersama unsur ritual fizikal. Ia lebih kepada spiritual  dan bukan fizikal. Golongan Tantrik  ekstrim yang mengamalkan tantrik maithuna adalah golongan kecil  yang paling disalah tanggap, ia tidak mewakili agama Hindu pada umumnya.

Kita juga jangan lupa bahawa kebanyakan penterjemah teks Sanskrit asal adalah daripada golongan misionari Kristian pada awalnya ingin menyebarkan agama mereka. Maka usaha - usaha untuk memperlekehkan kepercayaan orang Hindu sering diselitkan dalam penterjemahan bias mereka yang bertujuan memenuhi agenda penukaran agama.

Dalam konsep Hindu,  selain penerangan di atas , untuk memudahkan fokus minda kepada Tuhan, simbol tertentu boleh dipilih. Simbol batu hitam yang oblong/sfera paling lazim dipilih . Untuk menempatkan secara menegak,ia memerlukan tapak yang sesuai. Shiva Linga ada 6 jenis semuanya. Iaitu mewakili 5 elemen asas bumi  iaitu tanah, air, api, angin, angkasa dan yang ke 6 ialah bukan elemen/void ( in existence) . Untuk tujuan pemujaan Linga daripada unsur tanah/batu hitam dipilih kerana paling mudah untuk diurus dari segi ritual.

Jenis-jenis Sivalinga

Bentuk Sivalinga yang kekal. (immobile)
a. Jenis Sivasakti.
Bahagian atas, Batu hitam oblong ialah Siva. ( Kreativiti, Perlindungan, Kemusnahan)
Bahagian Tengah meleper, mendatar dan memanjang ialah Vishnu (Mengekalkan/Pemeliharaan/Maintainer).
Bahagian bawah iaitu tapak ialah Brahma ( Pencipta /Creator )
b.Jenis Lingodbhava.
Stambha atau skambha merupakan suatu tugu atau menara menegak. Ia mewakili Trimurthi iaitu Brahma, Vishnu dan Siva sebagai reinkarnasi Parabrahman. Jenis ringkas di kawasan lapang atau kuil.

Bentuk Shivalinga yang ringkas. (mobile)
Batu hitam (Saligrama) atau sphatika (Kristal) berbentuk oblong tanpa tapak (bahagian Yoni).  Mudah dibawa bersama. Digunakan dalam pemujaan Shiva semasa dalam perjalanan jauh. Biasanya jenis batu hitam Saligrama sangat popular digunakan.

Jothirlinga.
Jothirlinga ialah dipercayai menara cahaya stambha dilihat atau menjelma ditempat berkenaan. 12 tempat utama daripada 64 kesemuanya. Terdapat 12 Jyotirlinga  (cahaya) di India. 

a.Somnath di Gujarat
b.Mallikarjuna, Srisailam Di Andhra Pradesh
c.Mahakaleswar, Ujjain Di Madhya Pradesh
d.Omkareshwar Di Madhya Pradesh
e.Kedarnath di Uttrakhand
f.Bhimashankar, Pune di Maharashtra
g.Vishwanath, Varanasi Di Uttar Pradesh
h.Trimbakeshwar, Nashik di Maharashtra
i.Vaidyanath, Parli di  Maharashtra
j.Nageshvara di Dwarka
k.Rameshwar, Rameshwaram di Tamil Nadu
l.Ghrishneshwar,Verul di Maharashtra

Panchabhuta.

Selain itu terdapat 5 Panchabhuta (elemen asas) Linga di India. Dibentuk daripada 5 elemen asas bumi.
Pancha-bhuta Linga terdapat di kuil Kalahastishwar, Jambukeshwar, Arunachaleshwar, Ekambareshwar di Kanjivaram, dan Nataraja di Chidambaram

Semua ialah Siva Linga
Dalam konteks agama Hindu semua itu boleh di lihat sebai Sivalinga/ Lambamg Tuhan. Bermula dari  seluruh Cakerawala, galaksi, gunung, batu, badan manusia, cakra dalaman badan(pusat tenaga badan manusia/ tidak dikesan secara fizikal) hinggalah dalam setiap atom ada linga tertentu. (Sila rujuk gambar-gambar dibawah)

Kesimpulan
Pandangan Lingam  sebagai alat 'sulit' manusia , HANYA wujud di kalangan bukan Hindu untuk tujuan  memburukkan / menghina agama Hindu, pandangan negatif begini memudahkan mereka untuk memperkenalkan agama mereka sendiri. Amatlah malang nasib orang yang berpandangan begini.

Pandangan   Lingam  sebagai alat 'sulit' manusia  TIDAK wujud dalam minda orang Hindu. Menurut Swami Sivananda, pandangan begini merupakan kesilapan besar dan kebodohan individu. Hanya segelintir orang yang malang (bukan Hindu terutamanya) dan yang sesat dari ajaran sebenar mempunyai pemikiran yang kurang siuman ini.  Hanya Tuhan sahaja yang boleh selamatkan mereka yang sesat ini.
Golongan lemah fikiran / minda (tidak mendapat arul (hidayah)  Shiva) nampak bentuk fizikal Shiva Linga (batu hitam ) manakala golongan cerdik / tinggi tahap minda (mendapat arul Shiva) akan melihat Roh Tuhan melalui Shiva Linga.

Orang Hindu  menyembah Tuhan dalam pelbagai manifestasi apabila melihat Shivalinga. Iaitu, Brahmanda (alam semesta), Hiranyagarbha (asas kehidupan), Ayah dan Ibu (Shiva & Shakti ), Roh Tuhan ( cahaya agung / aruperum jothi ), Guru (Adi Yogi) .dll

Om Namah Shivaya

Sri Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation Malaysia.

22 Februari 2018
Rujukan


1. J. L. Shastri, The Sivapurana (Part 3),  Motilal Banarsidass Publishers Pvt. Ltd. Delhi 1950...2002
Rudrakoti  Samhita, Chapter 12, Reason for Siva’s Assuming the Linga Form. (This book is not
an accurate translation, one need to eliminate all the anti element on Hinduism)

2. John  Woodroffe (1973), The Serpent Power ( Sat Cakra Nirupana  and Paduka Pancaka),
Ganesh and Co., Madras
3.  Rai Bahadur  Srisa Chandra Basu (1914), The Gheranda Samhita, Bhuvaneswari, The Panini
Office
4.  Rai Bahadur  Srisa Chandra Basu (1984), The Siva Samhita, Satguru Publications India.
5.  Pancham Sinh, (1915), The Hatha Yoga  Pradipika, Bhuvaneswari, The Panini Office

6.  Sivananda (1994), Tantra Yoga, Nada Yoga, And Kriya Yoga,  Divine Life Society Publication
7. Kamika Agama, Purva Pada, Trans, Dr. S.P. Sabharatanam


Kesemua Imej dibawah juga mewakili Sivalinga mengikut Mazhab Siva










Comments

Popular posts from this blog

Arulattam/Trance and Saiva Siddhantam

 Arulattam/ Trance and Saiva Siddhantam Meaning of Trance Trance is actually when a bhakta reaches the height of Bhakti (paravasam), after went through vratham, pujas, meditations, etc., the mind is fully engrossed with the deity one prays,  the atma will be connected with the Paramporul within one’s body. The maya veil is removed for a moment, thus the sparks of the ‘projected’/believed deity/paramporul will manifest in the physical body of the person. (The deity projected is based to past karmic account actually). That is the reason one in trance will cry, yell, dance, etc because the joy of the temporary union with the deity. The ‘projected’/believed appearance is based on what deity one prays. If one projected Kaliaman, the Kaliamman will manifest, if Muneeswarar then Muneeswarar will be manifested. Most bhaktas don’t go for Murugan, Sivan or Ganapathy because it is considered difficult or seen as a higher deity. But if one really projected, these deities also will manifest (karmic

Varna, Caste and Jati : The Truth That Misappropriated.

Hinduism: The Truth As It Is #1 Varna, Caste, and Jati: The Truth That Misappropriated. (English Version) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1892142511094950&id=1637620529880484 Hindu religion often labeled as a religion that practices caste. In fact, HINDUS DON'T PRACTICE OR ENDORSE CASTE. Instead, a man of all religions and not religious practice caste in daily life. The words Caste, Jati, and Varna have been manipulated by groups of religious predators to increase their religious followers. The caste terminological has been misappropriated to manipulate, (for over 2000 years) to attract and converted by the religious predator. The Hindu children need to be saved from this religious predator. <script async src="https://pagead2.googlesyndication. com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script>  (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({  google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",  enable_page_level_ads: true })