Skip to main content

Aghori Dalam Hinduisme (Bahagian 1)

Aghori Dalam Hinduisme 


<script async src="https://pagead2.googlesyndication.
com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
 google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",
 enable_page_level_ads: true});

Bahagian 1
Definisi dan Sejarah 
Aghor bermaksud dalam cahaya.  Ghor bermaksud
dalam kegelapan.  Aghori ialah orang yang bebas
daripada kegelapan minda. Golongan yang paling
suci dari segi minda dan keimanan. 
Aghori wujud sejak abad 7AD, Tetapi telah dikesan
sejak zaman Indus. Dalam abad 16 AD,  Baba Kinaram
menghidupkan kembali aliran Aghori setelah mendapat
ilmu ini semula di Bukit Girnar, Gujarat. Memulakan
Pusat Aghori Krim Kund di Varanasi, Uttar Pradesh. 


Kepercayaan Aghori. 
Aghori percaya atma (roh) sinonim dengan Brahman
( Shiva / Tuhan), konsep advaita. Tetapi roh manusia
dibelengu oleh astamahapasa  ( lapan keinginan
utama)( pasa ialah bond or noose) atau terpengaruh
dengan maya  ( keseronokan duniawi) menyebabkan
sifat Tuhan tidak disedari  oleh manusia.  Apabila
manusia dapat atasi astamahapasa, menaikkan
tenaga kundalini membolehkan manusia mudah /
akan bersatu dengan Tuhan, mencapai moksha, 
bebas dari kelahiran semula ( sebanyak 84 ratus
ribu kelahiran ,Garuda Purana). Seorang aghori
sanggup menjalani sadhana ( ritual atau amalan
spiritual )  yang ekstrim untuk mencapai moksha
dalam hidup ini sahaja. Mereka tidak mahu ada
kelahiran semula.  Sadhana aghori  ini dalam kategori 
Krsna paksha  (paksi hitam / left hand) , bersifat
tamas. Tidak diamalkan dalam kebanyakan 
mazhab Hindu yang lain.


Konsep keimanan aghori ini hampir selari atau
serupa dengan semua aliran mazhab agama Hindu
terutamanya mazhab Shiva. Semua aliran Mazhab
Shiva yang lain mempercayai kewujudan Tuhan,
atma  dan moksha . Tetapi tahap sadhana berbeza
iaitu Shukla paksha ( paksi putih / right hand) atau
dinamik mengikut kehendak masa. Namun perkara
asas tidak diabaikan.
 Aghori tidak mengikut doktrin vedik,agamik dan
puranik seperti aliran lain secara rigid, tetapi ia
hanya mengikut kepercayaan fundamental yang
asas sahaja yang masih selari dengan Veda dan
Purana. Aghori bersifat lebih individualistik dan
bebas berbanding majoriti pengikut mazhab Shiva
yang terikat dengan doktrin tertentu. Aliran
Kapalika (Bhiksatana), Kalamukha dan Naga hampir
sama dengan Aghori. Begitu juga aliran Pasupata,
Kasmiri Shaiva, Shaiva Sidhanta  ( lebih satvic)
dll.
Ia berbeza sedikit dengan sadhu Buddhism, 
kerana Buddhism tidak menerima kewujudan
Tuhan dan tidak mengalakkan sadhana ekstrim.


Tujuan asal aghori ialah bebaskan atma (diri)
daripada kegelapan minda iaitu berjaya membebaskan
diri daripada belenggu nafsu , obsessi dan tamak
terhadap wang dan emas (ponn), harta dan tanah
(porul),  dan perempuan, keseronokan seks (penn)
serta perasaan marah, benci, takut  dll. Orang yang
berjaya membebaskan diri daripada kegelapan
itulah dipanggil aghori.  Boleh mencapai moksha,
dalam Buddhism ia dikenali nirvana. 


Ghor  ( Kegelapan minda akibat Astamahapasa ) 


Orang yang tidak dapat mengawal dan mengatasi
astamahapasa seperti  nafsu wang, emas, sehingga
tamak haloba, rompak berjuta -juta,  nafsu harta,
tanah berbilion, berjuta -juta hektar tanah hasil
haram serta   nafsu seks sampai kahwin banyak -
banyak terdiri daripada kanak - kanak sampai
nenek tua,rogol tidak kira wanita dan kanak-kanak,
wanita dijadikan hamba seks dll., golongan ini di
percayai terperangkap dalam kegelapan (ghor).
( Lebih sesuai dipanggil ghost, syaitan. ). Golongan
dalam kegelapan ini terpaksa mengharungi kelahiran
semula dan terpaksa sengsara untuk jangka waktu
yang lebih lama.

Bersambung dalam Bahagian 2
(https://sivasiddhi1082.blogspot.com/2020/05/aghori-
dalam-hinduisme-bahagian-2.html)


Kesimpulan

Perlu dilihat bagaimana golongan Aghori ini menjadi
tunjang penyelamat kuil-kuil Hindu pada zaman 
pemerintahan Mughal. Kita tahu bagaimana Kuil 
Kasi Visvanath dipertahankan oleh Aghori daripada
serangan Raja-raja Mughal. 

Aghori ialah suatu bentuk sadhana (amalan) yang
dikira ekstrem untuk mencapai Moksha dalam
kelahiran ini. Mereka tidak mahu kelahiran semula.
Mereka sanggup menjalani ritual yang dikira ekstrem.
Mengkatogerikan Aghori sebagai kanibalisme
merupakan kesilapan besar oleh golongan yang
tidak memahami Hinduisme yang anti juga anti
Hinduisme. Aghori ialah golongan yang paling
suci dan tulus dalam mencapai ketuhanan. Namun
ada yang berpura-pura Aghori dan merosokkan
nama baik Aghori yang sebenar.


Om Aghoraye Namahe
Om Namasivaya.

Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation Malaysia
30 Mei 2020
( Artikel asal diterbit pada 26 Julai 2018)
Aghori.  Part 1 of  3
Aghori.  Part 2 of  3
Aghori.  Part 3 of  3
Rujukan 


1. Gupta, R. P. (1993). The politics of heterodoxy and the Kina Rami ascetics of Banaras. Dissertation Abstracts International.
2. Svoboda, R. (1986). Aghora: At the left hand of God. Las Vegas, NV: Brotherhood of Life. 
3. Shiva Purana,Koti Rudra Samhita. 
4. Garuda Purana .
5.Rai Bahadur… (1914) The Gheranda Samhita, Bhuvaneswari, The Panini Office 
6.Pancham Sinh, (1915), The Hatha Yoga  Pradipika,  Bhuvaneswari,The Panini Office 

8. Avadhuta Gita (Song of the Free) ,attribute to Dattatreya. 
9.https://en.wikipedia.org/wiki/Bhikshatana

Comments

Popular posts from this blog

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan.  Dalam Konteks Hindu. Simbol /Linga (Sanskrit    लिङ्ग ) Linga ialah SIMBOL sempurna mewakili Tuhan Mahaesa (Veda-Parabrahman, Mazhab Siva- Mahesan) yang tiada rupa hanya satu. Perkataan Linga ialah ganbungan daripada perkataan LING + GA, Ling bermaksud dissolusi/ mahapralaya /kiamat, manakala Ga bermaksud penciptaan (creation), maka maksud sebenar ialah Tuhan maha berkuasa yang melakukan tugas penciptaan dan disolusi, Setiap benda datang daripadaNya dan akan kembali kepadaNya. Mahadeva Siva merupakan tonggak utama untuk mencapai Moksha (Mazhab Siva). Linga juga mewakili Trimurti utama (Rudra/ Siva, Vishnu dan Brahma). Kitab Rujukan Autoriti untuk Mazhab Siva. Rujukan utama  seharusnya daripada 4 Veda dan 28 Saiva Agama yang diturunkan sendiri oleh Mahadeva Siva, Maka sebarang klaim seharusnya daripada Veda atau Agama. Disamping ada 18 Mahapurana termasuk Siva Purana, Linga Purana dll. Namun Purana bukan autoriti rujukan dan ia lebi...

Sembah Patung? Agama Apa Itu?

Sembah Patung? Ada orang ingat atau andaikan bahawa orang Hindu  sembah patung (berhala) kerana dia NAMPAK  orang Hindu sembah di hadapan patung tanpa sedar atau memahami hakikat sebenar.  Persoalan,  Saya juga LIHAT  ada orang sembah dihadapan bangunan, ADAKAH ORANG ITU SEMBAH BANGUNAN ITU? TENTUNYA TIDAK.  Kerana saya sebagai seorang Hindu ada kewarasan minda untuk memahami kebenaran TUHAN dan memahami konsep Tuhan dalam keadaan Nirguna dan Sarguna.  Tetapi ada orang yang DANGKAL ilmu ingat orang Hindu sembah batu. Perlu diingatkan disini, ORANG ITU PERNAH MENGAKU SEMBAH BATU MASA KECIL KERANA KEBODOHAN SENDIRI. MALANGNYA MASIH KEKAL BODOH walaupun mendabik sudah jadi pandai.  <script async src="https://pagead2.googlesyndication. com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script>  (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({  google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",  enable_page_level_ads: true }...

Conversion is Sin According to Hinduism.

Conversion is Sin According to Hinduism In Hinduism, conversion does not exist because every child belongs to the Almighty God. Everyone is on His list. If a person converts into other religions, it is a sin . No matter what religious scriptures from different faith have described, this one single truth must be looked into consideration by every human on this planet. This fits every religion on earth. Why? All the scriptures claim that there is only one God ; God is the Almighty, the great, the omniscient, omnipotent, omnipresence … etc. The supreme God supposedly created the earth, human, religions, you, me and etc. Every religion claims nothing will move without God’s consent, every single thing is bounded by His will. I believe that all the faiths on earth accept this truth. The all-knowing God, who placed the moons, planets, earth, etc. in the right places, do you think He might put you in the wrong place (family of faith)? If you believe in God, there is no cho...