Skip to main content

10 Soalan dan Jawapan Mengenai Penukaran Agama Kelahiran.

 10 Soalan dan Jawapan Mengenai Penukaran Agama Kelahiran. 

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.
com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
 google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",
 enable_page_level_ads: true})




  1. Adakah seorang yang lahir Hindu boleh bertukar agama? 

Secara logiknya tidak boleh. Menukar agama kelahiran itu berdosa. Seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu keluarga yang beragama demikian atas perancangan/kehendak dan pilihan Tuhan berdasarkan Karma kelahiran lepas. Sebagaimana kita tidak boleh menukar ibu bapa, begitu juga agama kelahiran kerana ia adalah pilihan Tuhan  berdasarkan  keperluan menyelesaikan hutang karma itu. Menukar agama juga merupakan satu kesilapan dengan melarikan diri daripada tanggungjawab hutang karma dalam kehidupan / kelahiran ini.


  1. Mengapa bertukar agama menjadi dosa? 

Bertukar agama kelahiran berdosa kerana mengubah perancangan/kehendak Tuhan yang Mahaesa. Tuhan yang Maha Mengetahui tidak mungkin tersilap letak anda di dalam keluarga yang beragama yang salah. Kalau anda bertukar, maka anda mentakrifkan/meletakkan Tuhan sebagai pesalah / tersilap atau kurang mengetahui.


  1. Kalau bertukar agama itu berdosa, apakah kedudukan orang yang lahir bukan Hindu  tetapi telah menukar/memeluk/masuk agama Hindu? 

Perlu faham dengan jelas. Menukar agama berdosa tetapi mengamalkan sesuatu agama tidak berdosa. Sekiranya orang itu  menukar agama kelahiran/memeluk agama maka ia perbuatan berdosa. Seseorang yang bertukar agama kerana menolak kebenaran atau menyalahkan Tuhan, adalah berdosa. Tiada orang berhak menidakkan perancangan Tuhan yang Mahaesa. Sekiranya agama amalan baharu itu menekan isu murtad maka mengamalkan agama itu berdosa.


  1. Bagaimana dengan mereka yang bukan lahir Hindu tetapi mengamalkan agama Hindu?

Banyak orang barat yang mengamalkan agama Hindu, tidak berdosa, tetapi mereka yang menukar agama itu berdosa. Maksudnya mereka yang memilih untuk mengamalkan agama Hindu tanpa menolak atau menidakkan agama kelahiran tidak berdosa. Mereka tidak terikat kepada konsep murtad, bebas kembali mengamalkan agama kelahiran mereka. Tiada orang yang akan dihukum atau disalahkan.


  1. Apakah beza antara bertukar agama dengan mengamalkan sesuatu agama? 

Bertukar agama bermaksud anda terpengaruh/mengandaikan bahawa agama kelahiran anda itu salah, Tuhannya palsu, anda akan masuk Neraka dan anda menyalahkan Tuhan kerana tersilap letak anda. Manakala agama baharu itu diandaikan agama yang  betul, Tuhannya benar, anda akan masuk ke syurga dan sekiranya anda kembali ke agama kelahiran, anda akan dikira murtad dan akan masuk ke Neraka. 

Manakala mengamalkan sesuatu agama bermaksud anda sedar bahawa segala sesuatu itu dalam perancanganNya. Dan anda menyertai agama baharu itu kerana ia sesuai dengan naluri anda. Tidak menolak agama kelahiran, dan boleh kembali kepada agama asal atau mengamalkannya tanpa isu murtad. Sebagai contoh, sekiranya anda telah mengamalkan agama lain daripada agama kelahiran, ada ahli keluarga daripada agama asal telah meninggal dunia, anda melakukan semua upacara ritual agama kelahiran tanpa rasa bersalah atau isu murtad. Menolak agama kelahiran bermaksud anda telah menyalahkan Tuhan yang Satu. Tuhan yang telah meletak semua itu di tempat yang betul seperti bintang, bulan, matahari dan lain-lain, sudah pasti tidak meletak anda di tempat yang salah.



  1. Apakah itu agama Dharma dan agama adharma? 

Agama Dharma ialah agama yang berpegang kepada Kitab-kitab Veda yang berpegang kepada kepercayaan bahawa Para Brahman wujud dalam keadaan Nirguna (tanpa imej) dan Saguna (berimej). Sanatana Dharma Satya Bhava, ia bermaksud agama Hindu agama kebenaran. Dalam erti kata lain, Shanmatham (6 Mazhab Hindu) iaitu Shaiva ( Siva), Saktha (Sakti ), Vaisnava (Vishnu), Kaumara (Murugan), Ganapathaye (Ganesha) dan Saumara (Surya) sahaja dalam kategori agama Dharma.  Konsep  ‘Em Matham sammatham’ (semua agama sama) perlu dikikis daripada minda dan diganti dengan konsep ‘En matham Shanmatham’ (agama saya Shanmatham). Mana-mana agama yang menolak kitab-kitab Veda berada di luar kategori dharma, iaitu jatuh dalam kategori adharma. Maka orang Hindu harus mengelak daripada mengamalkannya. Kedatangan agama Adharma pada zaman Kali (sekarang Kaliyuga 5122) telah diberi amaran melalui Kitab Bhavisya Purana oleh Vyasa.


  1. Adakah terdapat dalil daripada kitab yang mengesahkan dosa bertukar agama? 

Ada banyak dalil diberi dalam kitab-kitab Hindu. Daripada Rig Veda, Garuda Purana, Mahabharata, Bhagavad Gita dan sebagainya. Orang yang menolak kitab-kitab Hindu dan Brahman/Tuhan adalah berdosa. Apabila seseorang itu keluar daripada agama Hindu, sudah pasti akan menolak kesemuanya. Maka orang itu akan jatuh dosa. Dalam Mahabharata, Santi Parva, Bhisma menggariskan bahawa orang yang keluar daripada agama kelahiran itu bersalah/dosa. Manakala  Bhagavad Gita menyatakan bahawa orang yang mengubah dharma tidak akan mendapat kegembiraan dan Moksha, perlu lahir semula untuk menggantikan dosa itu. Garuda Purana pula menyatakan hukuman kepada mereka yang menolak, menghina agama, kitab atau Tuhan.


  1. Adakah tokoh-tokoh agama pernah menghalang penukaran agama? 

Ya, pernah menghalang penukaran agama, tokoh-tokoh seperti Adi Shankara, Chaitanya Mahaprabhu, Thirugnana Sambandar, Guru Gobind Singh dan banyak lagi pernah menghalang penukaran agama. Mereka muncul pada waktu agama Hindu mengalami keadaan runcing/penentangan daripada agama baharu yang bukan daripada kategori Dharma. Seperti mana janji Tuhan dalam Kitab Bhagavad Gita, bahawa apabila dharma terancam dan  adharma  menguasai manusia, “Saya akan turun ke bumi untuk menegakkan Dharma”


  1. Apakah nasib mereka yang telah keluar daripada agama Hindu?

Mereka yang telah bertukar agama perlu sedar bahawa Tuhan Maha Mengetahui. Tiada orang yang lebih bijak daripadaNya. Tindakan mereka menukar agama telah menolak Kebenaran dan kehendak Tuhan, maka ia adalah perbuatan dosa dan mereka perlu kembali kepada agama asal untuk mengurangkan dosa Karma. Mereka masih boleh mengamalkan cara baharu itu, tetapi mereka tidak boleh menolak atau terikat pada konsep murtad. Contohnya, mereka perlu bebas kembali mengamalkan ritual tanpa halangan. Terlibat dalam ritual tertentu terutamanya yang melibatkan kematian kerana dosa besar jika tidak menyempurnakan tanggungjawab kepada si mati, terutamanya ibu bapa. Dosa ini akan dipertanggung untuk kelahiran akan datang termasuk anak cucu.


  1. Adakah orang yang membantu penukaran agama juga berdosa?

Kalau bertukar agama itu berdosa, maka orang yang membantu penukaran itu juga berdosa kerana mengubah pilihan Tuhan. Ejen penukar ini sudah pasti berdosa besar kerana dia/mereka sudah pasti tidak mungkin lebih bijak/ mengetahui daripada Tuhan.



JANGAN TUKAR AGAMA KELAHIRAN.
ADAKAH ANDA LEBIH BIJAK DARIPADA TUHAN?

Om Namasivaya

Sivasiddhi.

Sivasiddhi Spiritual Foundation

16 Mei 2021


Reference.   

  1. English Version

 10 Questions and Answers Regarding Converting from Birth Religion.

https://sivasiddhi1082.blogspot.com/2021/05/10-questions-and-answers-regarding.html

  1. Tell our children that Conversion is sin. https://sivasiddhi1082.blogspot.com/2017/05/tell-our-children-that-conversion-is-sin.html

  2. Conversion is Sin According to Hinduism

https://sivasiddhi1082.blogspot.com/2014/03/conversion-is-sin.html

     


Comments

  1. A timely Q & A article about the conversion issue in Hinduism. It would be appreciated if the content of this Q & A is translated in Tamil Language as well. Thank you for you effort and may God bless your divine effort.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your suggestion ji, We are arranging for the Tamil translations ji, soon will be released. tq

      Delete
  2. Great content. It would be good if translated in english as well.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your comments and suggestion sir. Yes sir, English translation is in progress

      Delete
    2. English version sir
      https://sivasiddhi1082.blogspot.com/2021/05/10-questions-and-answers-regarding.html

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan.  Dalam Konteks Hindu. Simbol /Linga (Sanskrit    लिङ्ग ) Linga ialah SIMBOL sempurna mewakili Tuhan Mahaesa (Veda-Parabrahman, Mazhab Siva- Mahesan) yang tiada rupa hanya satu. Perkataan Linga ialah ganbungan daripada perkataan LING + GA, Ling bermaksud dissolusi/ mahapralaya /kiamat, manakala Ga bermaksud penciptaan (creation), maka maksud sebenar ialah Tuhan maha berkuasa yang melakukan tugas penciptaan dan disolusi, Setiap benda datang daripadaNya dan akan kembali kepadaNya. Mahadeva Siva merupakan tonggak utama untuk mencapai Moksha (Mazhab Siva). Linga juga mewakili Trimurti utama (Rudra/ Siva, Vishnu dan Brahma). Kitab Rujukan Autoriti untuk Mazhab Siva. Rujukan utama  seharusnya daripada 4 Veda dan 28 Saiva Agama yang diturunkan sendiri oleh Mahadeva Siva, Maka sebarang klaim seharusnya daripada Veda atau Agama. Disamping ada 18 Mahapurana termasuk Siva Purana, Linga Purana dll. Namun Purana bukan autoriti rujukan dan ia lebih kepada sejarah la

Arulattam/Trance and Saiva Siddhantam

 Arulattam/ Trance and Saiva Siddhantam Meaning of Trance Trance is actually when a bhakta reaches the height of Bhakti (paravasam), after went through vratham, pujas, meditations, etc., the mind is fully engrossed with the deity one prays,  the atma will be connected with the Paramporul within one’s body. The maya veil is removed for a moment, thus the sparks of the ‘projected’/believed deity/paramporul will manifest in the physical body of the person. (The deity projected is based to past karmic account actually). That is the reason one in trance will cry, yell, dance, etc because the joy of the temporary union with the deity. The ‘projected’/believed appearance is based on what deity one prays. If one projected Kaliaman, the Kaliamman will manifest, if Muneeswarar then Muneeswarar will be manifested. Most bhaktas don’t go for Murugan, Sivan or Ganapathy because it is considered difficult or seen as a higher deity. But if one really projected, these deities also will manifest (karmic

Varna, Caste and Jati : The Truth That Misappropriated.

Hinduism: The Truth As It Is #1 Varna, Caste, and Jati: The Truth That Misappropriated. (English Version) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1892142511094950&id=1637620529880484 Hindu religion often labeled as a religion that practices caste. In fact, HINDUS DON'T PRACTICE OR ENDORSE CASTE. Instead, a man of all religions and not religious practice caste in daily life. The words Caste, Jati, and Varna have been manipulated by groups of religious predators to increase their religious followers. The caste terminological has been misappropriated to manipulate, (for over 2000 years) to attract and converted by the religious predator. The Hindu children need to be saved from this religious predator. <script async src="https://pagead2.googlesyndication. com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script>  (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({  google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",  enable_page_level_ads: true })