Tradisi dan Ritual Orang Hindu dan
Langkah Pencegahan Wabak di Kuil
dan Rumah.
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.
com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",
enable_page_level_ads: true});
Amalan tradisi dan ritual Hindu sering
dipandang serong atau diejek, dihina sebagai amalan
kuno, tidak berfaedah ataupun sebagai
amalan karut / bodoh / kotor. Namun sejak
wabak pandemik Covid 19 ini menyedarkan
ramai penduduk di kalangan orang Hindu
dan bukan Hindu tentang faedah daripada
segi sains dan kesihatan kepada manusia
sejagat. Saya akan cuba menyenaraikan
beberapa amalan tradisi dan ritual serta
faedahnya. Semua manusia boleh
mengamalkannya tanpa mengubah atau
melibatkan agama dalam hal ini kerana agama
Hindu tidak akan membuat dakwah agama atau
motif / tujuan menukar agama orang. Agama
Hindu pada dasarnya menolak penukaran
agama kelahiran seseorang. Petikan ini hanya
bertujuan berkongsi pengalaman kaum Hindu /
India dalam proses membendung gejala wabak
ini.
1.Menggantung Daun Semambu (neem).
Orang Hindu India menggantung daun semambu
di pintu dan seluruh kawasan (bergantung kepada
keperluan semasa) rumah atau kuil bagi
membunuh bakteria / virus di udara. Proses
fotosintesis yang berlaku akan mengeluarkan
udara (oksigen) dan bahan-bahan organik
daripada daun ini membantu bersihkan udara
di persekitaran. Daun semambu digunakan
sejak lebih 5000 tahun di kalangan masyarakat
India. Juga dikenali sebagai Azadirachta Indica
dalam bahasa Inggeris, Veppamillai dalam
bahasa Tamil atau ‘Neemba’ dalam Sanskrit
merupakan bahan Ayurveda yang sangat
penting untuk mencegah badan daripada
radikal bebas (atom reaktif yang kekurangan
elektron) yang boleh merosakkan sel, protein
dan Dna, antara fungsi ialah mencegah sakit
saraf neuron, pembersih darah dll. Selain daun
semambu, daun selasih (Tulasi) juga banyak
digunakan untuk kegunaan dalaman. Daun
yang segar amat berkesan.
2.Membasuh Menggunakan Air kunyit.
Membasuh menggunakan air kunyit untuk tujuan
membunuh bakteria di luar badan. Setiap kali
semasa balik ke rumah, ianya sangat penting
membasuh kaki dan tangan dengan air yang
bersih, namun ia lebih baik dan berkesan apabila
ditambah dengan kunyit untuk mencegah sebarang
elemen negatif. Amalan membasuh kaki amat
dipraktikkan terutama semasa memasuki rumah
dan kuil terutamanya, manakala pulang dari tapak
perkuburan atau rumah orang mati, amat digalakkan
/ wajib untuk mandi dan menukarkan pakaian.
Kunyit (keluarga halia) atau Turmeric (Curcuma Longa),
dalam Bahasa Inggeris diperbuat daripada akar
dalam bentuk serbuk. Bahan penting dalam Ayurveda.
Faedahnya meningkatkan imunisasi melawan
penyakit, kurangkan masalah artiritis dll. Akar kunyit
diwajibkan dipakai semasa upacara ritual
sembahyang yang besar seperti membawa kavadi,
berjalan di atas bara api atau membawa pal
kudam ( Belanga susu) semasa Thaipusam.
Wanita India juga selalu menyapu pada muka
dengan kunyit dengan tujuan menyerikan
muka dan bebas daripada kuman.
3.Minuman dan Makanan ditambah Kunyit dan
herba lain.
Kunyit digunakan dalam air minuman dan dalam
makanan. Ia membantu daya melawan penyakit
daripada dalam badan. Makanan, kebanyakannya
dengan tambahan kunyit, makanan sayur (vegetarian)
adalah pilihan terbaik ketika pergi ke kuil. Makanan
selalu ditambah pelbagai herba supaya membantu
imunisasi badan melawan penyakit.
4. Mandi dengan Air Kunyit bercampur Daun Semambu
Mandi dengan air kunyit banyak diamalkan semasa
seseorang mendapat penyakit seperti demam campak
atau cacar air. Air yang hendak digunakan untuk
mandi perlulah diletak di luar rumah di bawah cahaya
matahari. Langkah ini amat penting kerana semasa
daun rendam di dalam air kunyit itu disinari cahaya
matahari, maka daun itu mengalami proses
fotosintesis, dengan itu jumlah pengeluaran oksigen
serta organik lain bercampur dengan air kunyit amat
tinggi. Dengan itu, kandungan air yang beroksigen
itu amat baik untuk membunuh bakteria di atas
badan kita. Hampir setiap orang Hindu pernah
mandi dengan air kunyit ini.
5.Adat Namaskar, Namasthe atau Vanakam.
Menghormati sesama manusia. Namaskar bermaksud ,
“Sifat ketuhanan dalam diri saya sujud kepada sifat
ketuhanan di dalam dirimu dengan sepenuh hati”.
Mengikut kitab Hindu, Brahman / Tuhan wujud dalam
setiap insan ciptaanNya. Ini tidak bermaksud kita
sembah orang itu. Hanya Tuhan Mahaesa layak
disembah. Ini ialah amalan orang Hindu yang melihat
setiap manusia sama di sisi Tuhan. Tidak ada
keperluan untuk menyentuh sesama manusia, lebih
-lebih semasa musibah seperti Covid 19 yang
menghalang sentuhan. Namaskar / Vanakam disebut
dengan kedua-dua telapak tangan yang dicantum
dan diletakkan di paras dada.
6.Larangan Pergi ke Kuil.
Mereka yang sakit, terutamanya menyebarkan
penyakit berjangkit, tidak digalakkan pergi ke
kuil-kuil, kerana memikirkan pencemaran (dosha)
alam sekitar di kuil-kuil, hal itu juga dapat
memudaratkan orang lain. Namun begitu,
banyak manusia yang engkar atau tidak
memahaminya. Sebab itulah di kuil diadakan
upacara Abhisegam ( memandikan) Murthy
(berhala) supaya pencemaran begini tidak
mengganggu orang lain.Namun tiada larangan
sembahyang di rumah. Kuil bukan hanya sebuah
bangunan seperti rumah ibadat yang lain. Kuil
melibatkan yantra (mekanisme), tantra ( teknik)
dan mantra (formula getaran gelombang), maka
kebersihan amat penting. Pihak berkuasa kuil
memang terikat peraturan ketat agamik acharam.
Namun, upacara puja patut diteruskan tanpa henti.
Acharya harus menjalankan upacara seperti biasa.
Ada banyak lagi amalan yang berfaedah
seperti menggunakan kemenyan, colok dan
upacara Homa (yagna) bertujuan membersihkan
udara sekitar. Hampir setiap upacara Hindu
didasari dengan faedah sains dan kesihatan.
Namun, sudah tentu amalan dan tradisi tidak
akan menjanjikan atau menjamin imunisasi
secara total dalam hal pandemik seperti
Covid 19. Ia boleh mengurangkan atau mencegah
daripada merebak sahaja. Kalau seseorang itu
degil dan terlalu taksub sehingga mendedahkan
diri kepada wabak ini secara langsung, tiada
tradisi atau kepercayaan yang boleh
menyelamatkan dia daripada wabak pandemik.
Harap semua rakyat Malaysia terselamat
daripada wabak ini. Langkah berjaga-jaga
lebih baik, dan perlu diberi perhatian oleh
semua rakyat terutamanya suri rumah. Sesiapa
sahaja boleh menggantung daun semambu di
rumah, gunakan air kunyit untuk mencuci kaki
dan tangan sebelum memasuki rumah, tambah
sedikit serbuk kunyit dalam masakan anda. Ini
dapat membantu jangkitan ini dikurangkan.
Bagi orang Hindu, boleh berdoa kepada Dhanvantri,
Dewa perubatan. Semoga Brahman / Tuhan
memberkati semua.
Om Sree Dhanvantre Namaha.
Loka Samastha Sukhino Bhaventhu.
Sarva Jana Sukhino Bhaventhu.
Om Namasivaya
Sivasiddhi Spiritual Foundation
19 Mac 2020
Comments
Post a Comment