Skip to main content

Vibhuti atau Thiruneeru (Bhasma)


<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({ google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307", enable_page_level_ads: true }); </script>


Vibhuti  atau Thiruneeru (Bhasma)
Thiruneeru diletak dalam bentuk tripundra dengan bindu Kumkuma  (titik merah) bersama cendana ialah amalan penganut Hindu. Dua contoh thiruneeru di letak di dahi.

RSN Rayar, MP Jelutong


S. Kalaivanan, Pegawai Pembangunan dan Kemajuan Bahasa Tamil Parlimen Batu Gajah.

Vibhuti atau Thiruneeru ataupun bhasma ialah abu suci yang diletak di dahi (Bhrumadya) oleh penganut agama Hindu, terutamanya mazhab Siva. Ia diletak dalam bentuk tiga garis (Tripundra) oleh golongan warak. Bindu kumkuma  merah bersama cendana juga diletak ditengah-tengah. Bindu melambangkan kosmos yang tidak dimanifestasi, ia juga melambangkan permulaan penciptaan dan penyatuan. Selain itu ia melambangkan penghormatan, kasih dan kemakmuran.
Vibhuti,  Kumkuma dan cendana diletak di dahi juga membawa signifikasi penyatuan umat Hindu daripada pelbagai mazhab yang dipopularkan oleh Adi Shankara.

Meletak vibhuti di dahi mempunyai pelbagai faedah, tujuan dan simbolik, antaranya nilai falsafah, sains dan ritual.
Vibhuti terdiri daripada dua jenis iaitu Mahabhasma dan Svalpa. Mahabhasma terbahagi kepada jenis Srauta (preskripsi Vedik) ,Smarta (preskripsi Smriti) dan Laukika (daripada api biasa). Manakala Svalpa ialah abu biasa.

Faedah Memakai Vibhuti.
Siva Purana, Buku 1 : Vidyesvar Samhita,  Bab 24 : Keagungan Vibhuti, Ayat 14-18

1.Siva Purana menyatakan memakai vibhuti akan mensucikan atma pemakainya, memajukan bhakta Siva dan memberikan hasil yang baik jika membuat sesuatu kerja  dengan memakai vibhuti.

2.Hanya yang memakai Vibhuti berpeluang untuk mencapai moksha. Jika kita tidak memakai Vibhuti, kita tidak akan mencapai moksha  walaupun mengambil 10 juta kelahiran.
3.Pengetahuan mengenai Siva (Sivajnana)  tidak dapat diperolehi sekiranya tidak memakai Thiruneeru. Tidak akan mendapat arul (hidayah)  Siva.
4.Dosa besar jika menghina atau pandang serong terhadap orang yang memakai Tripundra. Dilahirkan sebagai candala dalam kelahiran akan datang.
5.Membantu ahli keluarga yang lain mendapat pahala. Memakai Vibhuti dapat membantu 1000 ahli keluarga keturunannya sebelumnya dan 1000 ahli keluarga selepasnya mendapat pahala. Begitu besarlah karma baik (punya) diperolehi. Pemakai vibhuti boleh dikatakan sebagai Mahapunyawan (orang yang membawa merit yang besar).
Perkara ini dinyatakan dalam Siva Purana, Buku 1 : Vidyesvar Samhita,  Bab 24 : Keagungan Vibhuti, Ayat 66

Falsafah Memakai Vibhuti.
1. Manusia dianggap sebagai Sivalinga yang boleh bergerak. Menyapu tripundra pada dahi manusia melambangkan tripundra pada Sivalinga. Manusia sebagai mikrokosmik (pindam)  dan alam smesta sebagai makrokosmik (andam) diwakili oleh Sivalinga.

2.Simbolik untuk mengingatkan orang ramai supaya sembahyang sebelum mereka disembahyangkan (mati). Semua jasad manusia hanya sementara sahaja, akan kembali ke tanah (alam) apabila mati kelak menjadi seperti abu suci yang disapu itu. Oleh itu seseorang itu seharusnya sembahyang Tuhan Maha esa sebelum tiba masanya.

3.Vibhuti disapu dalam bentuk tiga garisan dikenali sebagai tripundra. Terdapat pelbagai simbolik dikaitkan dengan tripundra.  Antaranya,
a. Simbol Trimurti dalam Sanatana Dharma, iaitu Brahma (Pencipta) , Vishnu (Penyelia) dan Rudra (Pendisolusi ) ialah manifestasi Tuhan (Brahman). Setiap seorang di muka bumi melalui tahap kelahiran (dicipta),  membesar (diselia) dan kematian (disolusi) pada akhirnya untuk mengambil kelahiran seterusnya. Seperti mana Sivalinga dibahagikan kepada bahagian Brahma, Vishnu dan Siva.
b. Menurut ilmuan, Tripundra mewakili kuasa Shiva tiga lipat iaitu kuasa kemahuan / will (icchasakti), ilmu (jnanasakti) dan perbuatan (kriyasakti).
c. Ada kitab Shaiva menganggap tripundra ialah simbol  trisula Shiva.
d. Tripundra ialah simbol peringatan tentang Mumalam yang perlu di atasi  untuk mencapai Moksha. Penganut memahami bahawa tiga prinsip halangan asas (mumalam) yang perlu diatasi oleh atma untuk mendekati Tuhan (mencapai moksha). Iaitu membakar Anavam (ego), menghapuskan Kanmam (nafsu) dan membebaskan diri daripada Maya (pengetahuan ilusi duniawi).

Sains.
1.Pusat Saraf (Mata Ketiga / Triyambak / Netrikan)
Ajna chakra ialah pusat saraf (bhrumadya) di dahi diantara dua kening mata. Triyambak di dahi ialah titik pusat sistem saraf manusia.  Ia berfungsi sebagai antena metafizik manusia (mikro kosmik) untuk berhubung dengan dunia luar (makro kosmik). Pusat dahi atau mata ketiga perlu dalam keadaan yang sesuai untuk menerima gelombang.  Vibhuti akan membentuk satu keadaan yang cukup kering untuk gelombang kosmik dapat dikesan dengan lebih efektif oleh dahi (mata hati). Pusat saraf dahi berhubung terus dengan kelenjar Pineal yang bertanggungjawab untuk merembes pelbagai hormon yang diperlukan badan terutamanya melatonin. Pineal juga dipercayai ialah pusat atma tinggal, iaitu titik pertemuan garisan horizontal dari pusat saraf dahi ke belakang kepala dengan garisan vertikel antara  chakra terutamanya Sahasara chakra dengan Visudhi chakra. Dengan adanya vibhuti di pusat saraf ini, ia membantu golongan warak untuk menerima wahyu terus daripada kosmik.
2.Vibhuti  Sebagai Serbuk Perubatan.
Vibhuti dibuat secara preskripsi ayur veda merangkumi 10 proses yang ketat. Mengikut purana, Rishi Bhusunda Jabala (keturunan  Rishi Jabali) mendapat penerangan terus daripada Shiva di Gunung Kailash tentang cara membuat vibhuti.
Ia melibatkan kaedah kalsitasi iaitu membakar campuran bahan membuat abu suci bersama mineral dan logam. Bahan seperti herba, kayuan, bijian, tahi lembu yang kering (cow dung, ritual pengeringan disertakan dengan mantra tertentu) dll dimasukan ke dalam  yagna (agnihotra) untuk mendapatkan abunya.
Nilai perubatan daripada Vibhuti dari Kuil Vaitheeswaran dan Kuil Murugan Thiruchendur  amat terkenal dikalangan penganut Hindu.
Dalam kes terpencil tertentu, abu guru / rishi tertentu digunakan sebagai tiruneeru (svalpa) oleh pengikutnya. Ia tidak mewakili mazhab utama agama Hindu.

Ritual.
1.Pelengkap upacara sembahyang.
Selepas upacara sembahyang Siva, penganut wajib diberi vibhuti sebagai prasad Tuhan.  Vibhuti ini diperolehi dari abhisekam daripada Sivalingam. Vibhuti di letak di dahi untuk menyempurnakan upacara sembahyang. Orang yang ada letak vibhuti bermaksud beliau telah sembahyang Tuhan yang Mahaesa iaitu Siva, Siva juga digelar Mahesan.
2.Peringatan kepada orang lain. Bila anda lihat seseorang memakai vibhuti,  ia sepatutnya mengingatkan anda supaya sembahyang Mahesan. Orang yang sembahyang Tuhan yang Maha Esa iaitu Mahesan (Siva) akan diberi ruang istimewa di akhirat di Sivaloka. (Siva Purana).

Keajaiban Thiruneeru.
Thiru Nyana Sambanthar telah membuat banyak keajaiban dengan menggunakan thiruneeru.  Beliau ialah salah seorang daripada Naalvar yang banyak menyumbang semasa Zaman Nyanyian Bakti di Tamil Nadu. Thiru Nyana Sambanthar pernah mengubati penyakit dan mengalahkan pendita Jain dengan hanya menggunakan Vibhuti dan menyanyi Thiruneerut Pathigam,  sloka pujian kepada Tuhan (Siva) iaitu Manthiram Aavathu Neeru.
Adi Shankara pernah menyanyi Sri Subramanya Bhujaga Stotra yang menyatakan banyak jenis penyakit akan lari (sembuh) apabila melihat Vibhuti Muruga.
Selain ini ada pelbagai cerita lain yang membuktikan keagungan thiruneeru dalam pelbagai sutra dan purana.

Jangan Jadi Katak.
Segelintir rakyat Malaysia yang masih seperti katak di bawah tempurung. Belajarlah sedikit mengenai agama orang.  Kalau tidak tahu mengenai agama orang, sebaiknya jangan memberi komen negatif, dalam Al Quran ada menyebut, ‘jangan menghina sembahan orang lain'.( Q. 6.108). Menghina hanya menambah dosa sahaja, bukan sahaja dosa pada diri sendiri, malahan ahli keluarga juga terpaksa menanggung dosa itu.


Kesimpulan
Vibhuti merupakan prasad Tuhan yang paling agung.  Memakai vibhuti mempunyai pelbagai kebaikan kepada diri sendiri dan semua orang di sekeliling anda.
Bagi mereka yang tiada kepercayaan terhadap agama Hindu,  janganlah membuat sebarang komen negatif terhadap vibhuti kerana anda hanya menambah dosa diri anda.

Pakailah vibhuti hari ini.
Om Namasivaya.

Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation Malaysia.

19 March 2019

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- sivasiddhi1082_main_Blog1_1x1_as -->
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block"
     data-ad-client="ca-pub-2960278825814307"
     data-ad-slot="9143843878"
     data-ad-format="auto"
     data-full-width-responsive="true"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>

Rujukan
1.Bhasmajabala Upanishad

2.J. L. Shastri, The Sivapurana (Part 1),  Motilal Banarsidass Publishers Pvt. Ltd. Delhi 1950...2002
Vidyesvara Samhita, Chapter 24. The Greatness of Holy Ashes.

3.Tripundra

4.Thiruneeru...Significant..

5.  John  Woodroffe (1973), The Serpent Power ( Sat Cakra Nirupana  and Paduka Pancaka), Ganesh and Co., Madras
6.  Rai Bahadur  Srisa Chandra Basu (1914), The Gheranda Samhita, Bhuvaneswari, The Panini Office
7.  Rai Bahadur  Srisa Chandra Basu (1984), The Siva Samhita, Satguru Publications India.
8.  Pancham Sinh, (1915), The Hatha Yoga  Pradipika, Bhuvaneswari,The Panini Office
9.  Sivananda (1994), Tantra Yoga, Nada Yoga And Kriya Yoga,  Divine Life Society Publication

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan.  Dalam Konteks Hindu. Simbol /Linga (Sanskrit    लिङ्ग ) Linga ialah SIMBOL sempurna mewakili Tuhan Mahaesa (Veda-Parabrahman, Mazhab Siva- Mahesan) yang tiada rupa hanya satu. Perkataan Linga ialah ganbungan daripada perkataan LING + GA, Ling bermaksud dissolusi/ mahapralaya /kiamat, manakala Ga bermaksud penciptaan (creation), maka maksud sebenar ialah Tuhan maha berkuasa yang melakukan tugas penciptaan dan disolusi, Setiap benda datang daripadaNya dan akan kembali kepadaNya. Mahadeva Siva merupakan tonggak utama untuk mencapai Moksha (Mazhab Siva). Linga juga mewakili Trimurti utama (Rudra/ Siva, Vishnu dan Brahma). Kitab Rujukan Autoriti untuk Mazhab Siva. Rujukan utama  seharusnya daripada 4 Veda dan 28 Saiva Agama yang diturunkan sendiri oleh Mahadeva Siva, Maka sebarang klaim seharusnya daripada Veda atau Agama. Disamping ada 18 Mahapurana termasuk Siva Purana, Linga Purana dll. Namun Purana bukan autoriti rujukan dan ia lebih kepada sejarah la

Arulattam/Trance and Saiva Siddhantam

 Arulattam/ Trance and Saiva Siddhantam Meaning of Trance Trance is actually when a bhakta reaches the height of Bhakti (paravasam), after went through vratham, pujas, meditations, etc., the mind is fully engrossed with the deity one prays,  the atma will be connected with the Paramporul within one’s body. The maya veil is removed for a moment, thus the sparks of the ‘projected’/believed deity/paramporul will manifest in the physical body of the person. (The deity projected is based to past karmic account actually). That is the reason one in trance will cry, yell, dance, etc because the joy of the temporary union with the deity. The ‘projected’/believed appearance is based on what deity one prays. If one projected Kaliaman, the Kaliamman will manifest, if Muneeswarar then Muneeswarar will be manifested. Most bhaktas don’t go for Murugan, Sivan or Ganapathy because it is considered difficult or seen as a higher deity. But if one really projected, these deities also will manifest (karmic

Varna, Caste and Jati : The Truth That Misappropriated.

Hinduism: The Truth As It Is #1 Varna, Caste, and Jati: The Truth That Misappropriated. (English Version) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1892142511094950&id=1637620529880484 Hindu religion often labeled as a religion that practices caste. In fact, HINDUS DON'T PRACTICE OR ENDORSE CASTE. Instead, a man of all religions and not religious practice caste in daily life. The words Caste, Jati, and Varna have been manipulated by groups of religious predators to increase their religious followers. The caste terminological has been misappropriated to manipulate, (for over 2000 years) to attract and converted by the religious predator. The Hindu children need to be saved from this religious predator. <script async src="https://pagead2.googlesyndication. com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script>  (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({  google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",  enable_page_level_ads: true })