Skip to main content

Varna, Kasta dan Jati : Kebenaran Yang Diseleweng.


Varna, Kasta dan Jati: Kebenaran Yang Di Seleweng.

google.com, pub-2960278825814307, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Pendahuluan
Agama Hindu sering dilabelkan sebagai agama yang mengamalkan/menganjurkan Kasta.  Pada hakikatnya, AGAMA HINDU TIDAK MENGAMALKAN dan TIDAK MENGIKTIRAFKAN KASTA. Sebaliknya, manusia daripada SEMUA AGAMA dan  bukan agama/ateis, MENGAMALKAN KASTA dalam kehidupan harian. Perkataan Kasta, Jati dan Varna telah dimanipulasi oleh golongan penungang/ pemangsa agama (religious predators) untuk menambahkan pengikut agama mereka. Terminologi kasta telah diolah  untuk dimanipulasi,(selama lebih 2000 tahun) untuk menarik dan tukar agama (conversions) oleh pemangsa agama. Anak-anak orang Hindu perlu diselamatkan daripada pemangsa agama ini.

Maksud Sebenar.
1. Kasta. (Caste/ Casta)

Maksud Kasta 

Menurut Kamus Oxford, mana-mana kelas atau kumpulan manusia/orang samada yang mewarisi hak istimewa eksklusif atau dipaksa (diwariskan)  menerima diskriminasi atau dianggap berbeza secara sosial kerana faktor kelahiran.


Ada Dua Kasta Utama. 

Golongan kasta yang menguasai/ memerintah/mendominasi dan golongan kasta yang dikuasai/ diperintah/ didominasi. 

Yang menguasai selalunya mempunyai hak istimewa tertentu yang eksklusif  manakala yang dikuasai selalunya tiada hak eksklusif yang dinikmati oleh yang menguasai, sebaliknya ia menjadi diskriminasi dalam hal-hal tertentu.

Golongan yang memerintah biasanya membentuk polisi-polisi yang menguntungkan mereka dengan pelbagai alasan yang berbeza manakala golongan diperintah terpaksa akur dengan keadaan untuk lanjutan survival.

Kumpulan yang menguasai/ mendominasi itu biasanya kumpulan majoriti dan yang dikuasai biasanya yang minoriti. Namun ada keadaan tertentu dimana golongan minoriti yang lebih kaya/ berpengaruh menguasai kumpulan majoriti yang miskin.
Amalan Kasta TIDAK BERKAITAN dengan agama Hindu. Tiada kitab Hindu menyebut atau tertulis perkataan 'kasta'. Tiada perkataan kasta dalam bahasa Sanskrit. Kasta ialah ciptaan manusia.
Perkataan Kasta  berasal daripada latin ‘castus’ (pure/ purity of blood),(tiada definisi yang paling tepat), diperkenal oleh orang Portugis dan Sepanyol , bermaksud  bangsa , keturunan, atau breed.
Perkataan Casta ("clan or lineage" / blood purity by birth) diperkenalkaan di Portugal / Sepanyol bagi membezakan orang Kristian asal dengan Kristian convert baharu/ 'mualaf' dari kalangan Yahudi dan Islam. Konsep kasta ini telah diiktiraf oleh pihak Pope pada masa itu.
Dalam proses Kolonisasi negara baharu, mereka menggunakan kasta yang membawa maksud "clan or lineage" bagi kasta. Orang Portugis menggunakan perkataan Kasta terhadap orang India sejak 1498. Perkataan kasta diserap dalam bahasa Inggeris pada 1613 di India, daripada perkataan 'casta' bagi membezakan manusia Kristian asal dengan Kristian mualaf di Portugal/Spain kepada konsep Varna/Jati di India. British menjadikan kasta sebagai dokumen undang-undang apabila melakukan pengiraan populasi dan diserap dengan kukuh ke dalam undang-undang India dengan kira-kira 1000 nama kasta. Sebenarnya kasta ialah membezakan kelas tertentu berdasarkan tahap (keistimewaan/ diskriminasi kewangan, pekerjaan  atau pangkat dll tetapi dikaitkan dengan konsep Varna kerana tujuan utama ialah untuk tukar Agama. British telah memperkenalkan/ menkanunkan kasta dalam perundangan India semasa kemerdekaan dengan menyenaraikan lebih 1000 kumpulan kasta (tetapi pada hakikatnya ialah nama jati/ pekerjaan).
Kasta diperkenalkan oleh manusia untuk tujuan mengekalkan ego dan penguasaan ke atas kelompok manusia lain. Amalan kasta wujud dalam semua bangsa manusia termasuk orang Islam dalam pelbagai bentuk dalam pelbagai nama lain. Tiada agama yang menganjurkan kasta.

2. Varna ( Warna Aura Badan )

Varna wujud dalam agama Hindu.
Varna diturunkan oleh Tuhan dalam bentuk sruthi (wahyu) termaktub dalam kitab-kitab Hindu / Purusha Sukta. Sistem pendidikan awal iaitu padasala/ rendah, gurukula/ menengah, gurumutt/ tinggi dan universti (12 kesemua di India) menentukan varna. Sesiapa yang tidak belajar jatuh jadi Sudra.

Varna ialah darjat manusia di sisi Tuhan bergantung kepada ilmu, amalan, keimanan dan ketakwaan.
Varna ditentukan berdasarkan 'guna' /sifat dan 'karma' /perbuatan seseorang. Ia bergantung kepada pendidikan, pekerjaan, kelakuan dan keimanan. (kitab Hindu). Tiada kitab yang kata Varna ditentukan oleh kelahiran.

Perkataan Varna.
Varna sering dikaitkan dengan warna kulit manusia tetapi ia ialah pandangan yang salah.
Sebenarnya, Varna dirujuk kepada warna aura badan manusia. Warna aura badan  bergantung kepada keadaan minda. Warna aura boleh berubah daripada gelap  kepada cerah dan sebaliknya bergantung kepada kualiti emosi (EQ) dan kualiti intelligence (IQ) . Varna boleh berubah, bergantung kepada sadhana seseorang ( keimanan dan ketaqwaan ...agak berbeza dengan agama Islam ) . Warna aura badan terdiri daripada gelap (hitam) kepada cerah (putih). Varna terdiri daripada  varna Brahmin (kekuatan minda satvic 75-100 %, cerah) , Ksatria (50-75% ,kemerahan), Vaisya (25-50%, kekuningan ) dan Shudra.( 0-25%,kelam).
Varna (Aura) wujud dalam semua agama lain tanpa pembahagian yang jelas seperti dalam agama Hindu. Varna tiada kaitan dengan kasta atau jati. Varna bukan warna kulit.
Selain itu, Varna juga boleh dikaitkan dengan sistem 'tilak/potu' penanda di dahi, iaitu golongan Brahmin memakai warna putih/ basma, ksatriya memakai merah /kumkum, Vaishya memakai warna kuning/ chandan manakala sudra, gadis dan kanak memakai tanda/ potu hitam.

Mobiliti varna pernah berlaku dalam sejarah Hindu. Valmiki, komposer Ramayana, asalnya daripada keluarga 'perkerjaan' pencuri, tetapi melalui pertapaan/ mantra yoga berjaya menjadi Brahmana yang di puja oleh semua orang Hindu. Vyasa, komposer 4 Veda, 18 Purana ialah anak kepada seorang wanita keturunan nelayan, berjaya menjadi Brahmin. Maharishi Satyakama/Jabali, ibunya wanita pelacur tetapi menjadi Brahmin. Ada banyak contoh lain yang boleh diketengahkan.

Varnasrama hanya terpakai untuk grahasta/berkeluarga (ke-2) peringkat asrama Dharma tidak terpakai dalam Brahmachari/pelajar (ke-1), Vanaprastha/mempelajari ilmu ketuhanan (ke-3) dan Saniyasi/ sufi (ke-4) peringkat kehidupan.

Sebagai perbandingan dengan agama Abraham, Brahmin ialah Ulama (Islam)/Pastor (Kristian), Ksatriya ialah mujahid (Islam)/ knights (Kristian), Vaishya ialah penyumbang ekonomi dan Sudra ialah golongan pekerja umum.


3. Jati
(Bangsa,Ras (race) + Etnik)

a. Jati sebagai bangsa/puak.
Jati bergantung pada kelahiran. Kelahiran ditentukan oleh Tuhan (Brahman) bergantung kepada akaun karma kelahiran sebelumnya dan hutang karma yang dibawa bersama dengan kelahiran ini. Tiada manusia boleh mencipta atau mengubah bangsa seseorang. Jati adalah bangsa yang bergantung pada warna kulit, warna mata, bentuk rambut dan lain-lain, tidak boleh berubah tetapi boleh disesuaikan mengikut masa dan persekitaran. Jati turut dilibatkan oleh unsur etnik iaitu cara hidup yang mengalami perubahan kecil mengikut masa dan alam.

b.Jati sebagai identiti pekerjaan.
Apabila sistem pendidikan (Gurukulas) dimusnahkan oleh penceroboh/penjajahan, mendidik generasi muda tertumpu kepada asas kekeluargaan. Jadi, tiada mobiliti pekerjaan di kalangan jati yang sama kerana sistem pembelajaran itu turun temurun, diturunkan kepada golongan muda melalui keluarga. Kemudian pekerjaan itu diwarisi kepada generasi muda dalam kalangan orang yang sama. Pada masa kini, mobiliti pekerjaan berlaku di jati yang berbeza kerana sistem pendidikan telah berubah. Walau bagaimanapun, dalam bidang profesional, ibu bapa biasanya cuba menurunkan kepada anak-anak tetapi bidang kasar selalunya tidak diwarisi atau dielakkan.
Pada masa dahulu (semasa/selepas penjajahan Muslim dari Arab/ Timur Tengah dan Kristian barat), tiada mobiliti pekerjaan dikalangan jati yang sama kerana sistem pembelajaran diturunkan kepada orang muda melalui keluarga. Maka sesuatu pekerjaan diwarisi kepada generasi muda dikalangan  bangsa yang sama. Pada masa kini, mobiliti perkerjaan berlaku dalam jati yang berlainan kerana sistem pendidikan telah berubah. Namun, bidang profesional biasanya cuba diwariskan kepada anak-anak tetapi bidang biasa selalunya tidak diwariskan atau dielakkan. Sebelum kedatangan penjajah agama dari luar, mobiliti antara varna berlaku kerana sistem pendidikan yang tradisional berfungsi dengan baik.

c. Jati sebagai spesies.
Menurut Nyaya Sutra, umat manusia jatuh ke dalam satu jati. Menurut kesusasteraan zaman Veda, Jaati bermaksud klasifikasi. Nyaya Sutra oleh Akṣapāda Gautama, menyatakan “Samaanaprasavaatmika Jaatih” atau mereka yang mempunyai sumber kelahiran yang serupa membentuk Jaati yang sama. Manusia dikategorikan sebagai Jarayuja atau Pindaja (lahir daripada badan fizikal ) seperti mamalia, manusia, dan lain-lain. Dalam Srimad Bhagavatam menyebut manusia sebagai Manusya jati. Jadi, semua orang adalah spesies yang sama. Maka semua manusia sama, disamping itu, kitab Hindu menyatakan Tuhan/Brahman ada dalam setiap insan.



Terminologi utama.

  1. Varna ialah Brahmin, Ksatriya, Vaishya, Sudra. Hanya hanya dipraktis oleh grahasta/ berkeluarga. 

  2. Avarna ialah yang tidak terikat pada varna iaitu golongan Brahmachari /pelajar 5-24 tahun, Vanaprastha / mencari ilmu ketuhanan, bersara, 50 tahun ke atas dan saniyasi/petapa /fakir. 70 tahun. 

  3. Savarna ialah mereka yang daripada varna sama.


4. Kekeliruan Ambedkar dan Pengikutnya. Kumpulan anti Hindu sering memetik pandangan Ambedkar untuk mendakwa 'penindasan kasta' (varna disamakan sebagai kasta) oleh Hinduisme/Brahmin. Tetapi pada hakikatnya, Ambedkar menggunakan nama sur Brahmin, mempelajari/diajar oleh Brahmin untuk meningkatkan ilmu dan kehidupannya (jika Brahmin adalah penindas shudra/dalits, maka mengapa orang Brahmin mahu membimbing/mengajarnya?). Dia keliru di sepanjang jalan apabila memahami / menerangkan varna dan dia membakar Manu smriti. (Saya tertanya-tanya adakah dia dapat membakar mana-mana kitab suci Abraham yang lain?) Ambedkar dalam keadaan fikiran yang keliru, kerana ; 1. Beliau membeli idea / propaganda Max Mueller tanpa memahami sepenuhnya sistem Varna atau Manusmriti. 2. Ambedkar tidak tahu bahasa Sanskrit, dia hanya membaca terjemahan naratif palsu barat. 3. Dia menghasilkan teori sendiri. a. Dia mencipta naratifnya sendiri tentang bagaimana varna Shudra wujud dengan memikirkan bahawa Shudra berasal daripada golongan Ksatriya sahaja (sebenarnya brahmana, vaisha juga boleh gugur menjadi shudras). Dia berpendapat bahawa Brahmin enggan memulakan / upanayana untuk raja-raja Shudra kerana perselisihan antara mereka, dengan itu mereka (Ksatriya) menjadi varna ke-4. b. Dia keliru dengan makna kelahiran dan kelahiran semula/dvija. Dia fikir varna adalah ditentukan melalui kelahiran. Tetapi, sebenarnya semua Arya/ 4 Varna jatuh pada kelahiran pertama (kelahiran fizikal melalui rahim) dan kelahiran kedua adalah kelahiran pengetahuan apabila dimulakan ke dalam pendidikan gurukula. Tiada satu ayat Kitab Hindu pun yang mengatakan Varna seseorang dari kelahiran/dilahirkan. Mereka yang tidak pernah memulakan atau menamatkan pendidikan gurukula kekal sebagai shudra.

Kesimpulan

Ketiga-tiga perkataan kasta, varna dan jati telah dicampur aduk sehingga orang ramai tidak faham dan seterusnya melabelkan agama Hindu sebagai menganjurkan amalan kasta dikalangan manusia. Ini merupakan kesilapan atau dirancang oleh pihak tertentu untuk meletakkan agama Hindu di kategori salah.

Walau bagaimana pun, penyelewengan perkataan kasta dikaitkan dengan agama Hindu TIDAK  BERJAYA menggugat keimanan dan ketakwaan penganut agama Hindu yang sebanyak 1 billion +- hari ini. Hinduisme berkembang secara abadi (natural)  tanpa penyebaran (propagation), pendakwahan (preaching), penukaran agama (conversion) atau memurtadkan (apostatising) sesiapa. Jangan lupa, Hinduisme pernah juga melalui fasa kekejaman (atrocity), penganiyaan (persecution), dll selama lebih 1500 tahun dibawah penjajahan agama Abraham.

Keimanan dan ketakwaan penganut Hindu terhadap Tuhan yang Mahaesa TIDAK AKAN TERGUGAT walaupun nyawa berpisah daripada badan.
Hanya Hinduisme yang mengatakan, Brahman yang satu, menetap/hidup dalam setiap orang. Jika demikian, Brahman dalam diri anda dan saya adalah sama. Jadi bagaimana mungkin seseorang itu lebih tinggi atau lebih rendah daripada orang lain? Melalui kelahiran semua sama, hanya dengan gunas (kebijaksanaan/kelakuan/ sikap/ ketakwaan) dan karma (perbuatan / tindakan) kita berbeza. (Bhagavad Gita, Tirukural dan Manusmriti)

Om Namasivaya.

Sri Sivasiddhi
Sivasiddhi Spiritual Foundation Malaysia.
5 Ogos 2018

Versi Bahasa Inggeris
https://sivasiddhi1082.blogspot.com/2018/08/varna-caste-and-jati-truth-that.html

Rujukan
1.  Nripendra Kumar Duty, (1931), Origin And Growth of Caste in India, London. Kegan Paul, Trench, Trubner & Co., Ltd.
2. Yogananda (1975),Autobiography of a Yogi. Bombay, Jaico Publishing House.
3  Purusha Sukta, Book 10, Rigveda
4.  Satapatha Brahmana, Book 2, Rigveda

Comments

Popular posts from this blog

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan

Shiva Linga Dan Konsep Tuhan.  Dalam Konteks Hindu. Simbol /Linga (Sanskrit    लिङ्ग ) Linga ialah SIMBOL sempurna mewakili Tuhan Mahaesa (Veda-Parabrahman, Mazhab Siva- Mahesan) yang tiada rupa hanya satu. Perkataan Linga ialah ganbungan daripada perkataan LING + GA, Ling bermaksud dissolusi/ mahapralaya /kiamat, manakala Ga bermaksud penciptaan (creation), maka maksud sebenar ialah Tuhan maha berkuasa yang melakukan tugas penciptaan dan disolusi, Setiap benda datang daripadaNya dan akan kembali kepadaNya. Mahadeva Siva merupakan tonggak utama untuk mencapai Moksha (Mazhab Siva). Linga juga mewakili Trimurti utama (Rudra/ Siva, Vishnu dan Brahma). Kitab Rujukan Autoriti untuk Mazhab Siva. Rujukan utama  seharusnya daripada 4 Veda dan 28 Saiva Agama yang diturunkan sendiri oleh Mahadeva Siva, Maka sebarang klaim seharusnya daripada Veda atau Agama. Disamping ada 18 Mahapurana termasuk Siva Purana, Linga Purana dll. Namun Purana bukan autoriti rujukan dan ia lebih kepada sejarah la

Arulattam/Trance and Saiva Siddhantam

 Arulattam/ Trance and Saiva Siddhantam Meaning of Trance Trance is actually when a bhakta reaches the height of Bhakti (paravasam), after went through vratham, pujas, meditations, etc., the mind is fully engrossed with the deity one prays,  the atma will be connected with the Paramporul within one’s body. The maya veil is removed for a moment, thus the sparks of the ‘projected’/believed deity/paramporul will manifest in the physical body of the person. (The deity projected is based to past karmic account actually). That is the reason one in trance will cry, yell, dance, etc because the joy of the temporary union with the deity. The ‘projected’/believed appearance is based on what deity one prays. If one projected Kaliaman, the Kaliamman will manifest, if Muneeswarar then Muneeswarar will be manifested. Most bhaktas don’t go for Murugan, Sivan or Ganapathy because it is considered difficult or seen as a higher deity. But if one really projected, these deities also will manifest (karmic

Varna, Caste and Jati : The Truth That Misappropriated.

Hinduism: The Truth As It Is #1 Varna, Caste, and Jati: The Truth That Misappropriated. (English Version) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1892142511094950&id=1637620529880484 Hindu religion often labeled as a religion that practices caste. In fact, HINDUS DON'T PRACTICE OR ENDORSE CASTE. Instead, a man of all religions and not religious practice caste in daily life. The words Caste, Jati, and Varna have been manipulated by groups of religious predators to increase their religious followers. The caste terminological has been misappropriated to manipulate, (for over 2000 years) to attract and converted by the religious predator. The Hindu children need to be saved from this religious predator. <script async src="https://pagead2.googlesyndication. com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script>  (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({  google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307",  enable_page_level_ads: true })