Shiva Linga Dan Konsep Tuhan. Dalam Konteks Hindu. Simbol /Linga (Sanskrit लिङ्ग ) Linga ialah SIMBOL sempurna mewakili Tuhan Mahaesa (Veda-Parabrahman, Mazhab Siva- Mahesan) yang tiada rupa hanya satu. Perkataan Linga ialah ganbungan daripada perkataan LING + GA, Ling bermaksud dissolusi/ mahapralaya /kiamat, manakala Ga bermaksud penciptaan (creation), maka maksud sebenar ialah Tuhan maha berkuasa yang melakukan tugas penciptaan dan disolusi, Setiap benda datang daripadaNya dan akan kembali kepadaNya. Mahadeva Siva merupakan tonggak utama untuk mencapai Moksha (Mazhab Siva). Linga juga mewakili Trimurti utama (Rudra/ Siva, Vishnu dan Brahma). Kitab Rujukan Autoriti untuk Mazhab Siva. Rujukan utama seharusnya daripada 4 Veda dan 28 Saiva Agama yang diturunkan sendiri oleh Mahadeva Siva, Maka sebarang klaim seharusnya daripada Veda atau Agama. Disamping ada 18 Mahapurana termasuk Siva Purana, Linga Purana dll. Namun Purana bukan autoriti rujukan dan ia lebi...