<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({ google_ad_client: "ca-pub-2960278825814307", enable_page_level_ads: true }); </script> Vibhuti atau Thiruneeru (Bhasma) Thiruneeru diletak dalam bentuk tripundra dengan bindu Kumkuma (titik merah) bersama cendana ialah amalan penganut Hindu. Dua contoh thiruneeru di letak di dahi. RSN Rayar, MP Jelutong S. Kalaivanan, Pegawai Pembangunan dan Kemajuan Bahasa Tamil Parlimen Batu Gajah. Vibhuti atau Thiruneeru ataupun bhasma ialah abu suci yang diletak di dahi (Bhrumadya) oleh penganut agama Hindu, terutamanya mazhab Siva. Ia diletak dalam bentuk tiga garis (Tripundra) oleh golongan warak. Bindu kumkuma merah bersama cendana juga diletak ditengah-tengah. Bindu melambangkan kosmos yang tidak dimanifestasi, ia juga melambangkan permulaan penc...